Sunday, July 19, 2009

Aqidatun Najin - Disyarah oleh Ustaz Abdullah Awang

* catatan bebas ana di Masjid Kg Baru pada 18 Julai 2009
Mengenal Allah pada keseluruhannya ada 3 iaitu wajib, mustahil dan harus. Yang wajib kenal itu ialah sifat 20 iaitu wajib kita mengenal satu persatu. Yang wajib kenal secara ijmal pula adalah selain dari sifat 20. Apa yang dimaksud dengan ijmal disini? Ijmal disin merujuk kepada segala sifat wajib selain dri sifat 20 iaitu segala sifat kamalat yakni sifat kesempurnaan yang dimiliki Allah swt. Sementara sifat yang mustahil juga wajb kita kenal dan juga terbahagi kepada dua iaitu lawan kepada sifat 20 dan lawan kepada sifat kamalat yang tidak terhingga. Lawan kepada sifat 20 itu perlu diketahui satu persatu. Sementara itu, berlaku ikhtilaf dikalangan para ulama tentang perkara yang mula-mula wajib bagi seorang mukallaf yakni perkara yang wajib diketahui dan diberi tahu kepada orang yang baligh. Ikhtilaf ulama ini merujuk kepada makrifah dan mazhar, iaitu yang mana patut didahulukan dalam mengenal Allah dan Rasulnya. Para muhaqqiq menyatakan bahawa perkara yang mula-mula wajib diketahui ialah makrifah iaitu makrifah Allah dan Rasulnya. Kata Ibn Qayyim, adalah wajib bagi ibubapa mempedengarkan[1] kepada kanak-kanak tentang perkara-perkara makrifatullah. Makrifatullah disini adalah berkaitan dengan mengetahui sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Kata al-Ustaz, dalam mendalami makrifah ini, ia tidaklah sama dengan ilmu sains. Belajar sains sudah tentu tidak sama dengan belajar ilmu agama. Sambung al-Ustaz, dalam bidang tauhid, bila berakal seseorang itu maka ibubapa perlu mengajarnya untuk mengenal Allah. Ini berbeza dengan ilmu feqah dimana ibubapa perlu mengajar anaknya sebaik umurnya mencapai 7 tahun. Tentang ilmu tauhid, ilmu itu perlu diajar apabila akalnya sampai untuk menerima ilmu tersebut sedangkan ilmu feqah pula mengikut had umur yang telah ditetapkan syarak. Apabila berakal, ibubapa perlu mengajar tentang sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus yang diketahui tentang Allah dan Rasulnya. Sebagai contoh, semua peristiwa yang berlaku keatas baginda Rasulullah saw seperti kelahiran Nabi saw, lantikan menjadi Rasul, hijrah ke Madinah dan kewafatan baginda Rasulullah saw perlu diketahui oleh anak-anak yang berakal. Baik, berbalik kepada kepada ikhtilaf tadi, ada ulama mendahulukan nazhar sebelum makrifah dalam mengenal Allah swt. Yang dimaksudkan dengan nazhar itu ialah pandangan zahiriah dan batiniah yakni lihat dan fikir tentang apa yang wujud dimuka bumi ini lalu dibenarkan dengan hatinya dengan pandangan tadi.
Lalu para ulama mencapai kata sepakat dengan menyatakan bahawa kedua-dua makrifah dan nazhar itu adalah merupakan awal yang wajib. Maksudnya, awal yang wajib dari maksud itu ialah makrifah manakala awal yang wajib dari wasilah[2] itu ialah nazharah. Kedua-duanya berhimpun iaitu ada yang awal wajib itu dari makrifah dan ada yang awal wajib itu dari nazharah. Makrifah Rasul juga sangat penting supaya kita boleh membezakan antara Rasul dengan Nabi. Yang paling penting ialah boleh menafikan kewujudan Nabi dan Rasul palsu sekiranya ada orang yang mengaku menjadi Nabi dan Rasul di zaman ini. Jika usaha mengenal (makrifah) Nabi dan Rasul tidak diutamakan maka pasti ramai yang tertipu dan tersesat menuruti orang yang mendakwa menjadi Nabi dan Rasul yakni Nabi dan Rasul palsu itu.


[1] Maksudnya mengajar
[2] Maknanya jalan yang menyampaikan kepada yang dimaksudkan.

No comments:

Post a Comment