Nabi saw melihat Tuhan lalu tersungkur dan kemudiannya Nabi saw sujud. Ketika didalam keadaan sujud, Allah berbicara dengannya. Allah berfirman, Mintalah apa sahaja yang kamu mahu. Nabi saw mendapat keistimewaan sedemikian rupa kerana Nabi saw adalah makhluk yang paling afdhal disisi Allah swt. Dalam peristiwa itu, Allah menobatkan Nabi saw sebagai kekasih-Nya dengan gelaran Habib. Walaupun Nabi Ibrahim bergelar Khalil yang juga bermaksud kekasih tetapi darjat Nabi Ibrahim tidaklah sama dengan Nabi saw. Darjat Nabi saw lebih tinggi kerana baginda adalah seafdhal-afdhal makhluk. Terlalu tinggi kebesaran dan keagungan Nabi saw sebagai makhluk yang paling afdhal disisi Allah swt sehinggakan para sahabat sendiri tidak berupaya menatap tajam Nabi saw. Ada sahabat yang tidak berani bertanya Nabi saw tatkala berhadapan dengan kehebatan baginda. Para sahabat apabila duduk dihadapan Nabi saw langsung tidak berani mengangkatkan kepala. Bahkan disebut, keadaan para sahabat di hadapan Nabi saw seperti ada burung yang bertenggek diatas kepala mereka. Begitulah kebesaran dan keagungan Nabi saw sebagai makhluk yang paling afdhal disisi Allah swt sehingga kebesaran dan keagungan baginda terzahir di hadapan para sahabat. Umat Islam pada masa ini tidak begitu mengambil berat tentang perjalanan hidup Nabi saw. Contoh yang paling mudah ialah peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang berlaku pada Nabi saw. Ramai yang tidak mengambil tahu lalu bagaimana mereka hendak memahami Nabi saw sedalam-dalamnya? Jika tidak memahami Nabi saw, bagaimana hendak memupuk kecintaan terhadap baginda saw? Bagaimana hendak mendapat syafaat di akhirat kelak jika tidak mengambil berat terhadap baginda saw dengan lidah sentiasa mengucapkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw? Untuk memahami Nabi saw sedalam-dalamnya sehingga menimbulkan perasaan kasih dan sayang kepada baginda saw, maka usaha untuk mengenali baginda saw mestilah sehingga ke intipatinya bukannya sekadar gambaran luar sahaja. Dalam tradisi pengajian pondok, para penuntut ilmu perlu menghafal sekian matan-matan ilmu bagi memahami isi kandungan ilmu tersebut. Kata para ulama, sesiapa yang berjaya menghafal matan ilmu maka orang itu berhasil mencapai kesenian (funun) yang kesenian ilmu tersebut. Kesenian ilmu tidak boleh dicapai dengan penglihatan semata-mata sebaliknya menerusi hati. Kesenian ilmu itu dipandang dengan mata hati. Orang yang hanya melihat ilmu dari gambaran luar tidaklah dikatakan memahami ilmu kerana tidak mengetahui intipatinya. Begitu jugalah dalam usaha mengenal baginda Rasulullah saw. Untuk memupuk kecintaan terhadap baginda saw, maka usaha untuk mengenal baginda saw sedalam-dalamnya perlu dilakukan. Salah satu darinya ialah dengan memahami peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi saw.
Malam Isra’ dan Mi’raj merupakan malam kemuliaan bagi Nabi saw kerana pada malam itu Nabi saw dianugerai dengan pelbagai kesempurnaan, maqam dan darjat dari Allah swt. Malam Lailatul Qadar pula menjadi malam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad saw yang dianugerahkan Allah swt kepada umat baginda saw. Ketika berlakunya malam Isra’ dan Mi’raj, Nabi saw telah mencapai maqam yang tertinggi disisi Allah swt. Ketika berhadapan dengan Allah swt, Nabi saw merendahkan diri dan hanya memohon gelaran Abdul yang bermakna Hamba disisi Allah swt. Nabi saw tidak meminta gelaran yang hebat-hebat kerana gelaran yang hebat-hebat itu adalah milik Allah swt. Nabi tidak meminta gelaran Saiyid kerana gelaran Saiyid yang bermakna penghulu itu adalah milik Allah swt. Nabi tidak meminta gelaran Raja kerana gelaran itu adalah milik Allah swt. Sebaliknya Nabi hanya ingin menjadi hamba Allah swt kerana itulah gelaran yang sesuai pada diri baginda disisi Allah swt. Dengan sebab itulah yakni dengan kerendahan diri Rasulullah saw maka Allah swt mengangkat darjat Nabi saw ke maqam yang paling tinggi diantara semua makhluk Allah swt sehingga menjadi kekasih Allah swt. Kata Syeikh, walaupun jasad yang pertama yang dicipta ialah Nabi Adam as tetapi roh pertama yang dicipta ialah Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw juga dikurniakan surah al-Fatihah yakni surah yang khusus kepada baginda saw yang tidak pernah dikurniakan kepada Nabi-nabi lain sebelum baginda saw yang mengandungi pelbagai hikmah dan fadhilatnya. Kata Syeikh, sesiapa yang membaca surah al-Fatihah di akhir majlis maka Allah akan kafarahkan segala dosanya. Maka itu, Syeikh menganjurkan supaya surah al-Fatihah dibaca setiap kali hendak menutup majlis. Syeikh turut menganjurkan amalan membaca surah Al-Qadr di telinga kanan anak-anak yang baru lahir kerana dengan membaca surah berkenaan, dosa besar seperti zina akan terhijab yakni dijauhi dari kanak-kanak tersebut. Amalan ini perlu dilakukan memandangkan zina menjadi satu penyakit yang semakin berleluasa pada hari ini.

No comments:
Post a Comment