* Catatan bebas ana di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR pada 19 Julai 2009
Allah swt telah memuliakan Rasulullah saw dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang bermula dari perjalanan Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah swt. Allah swt juga telah memberi pengkhususan kepada umat Nabi Muhammad saw. Pengkhususan yang dimaksudkan ialah dari segi keistimewaan tentang ganjaran kebaikan. Apakah tanda Allah memberikan kebaikan kepada seseorang? Tandanya ialah apabila orang itu memberi manfaat kepada orang lain. Jika orang itu melakukan kebaikan kepada orang lain maka itu bermakna bahawa Allah swt telah mengurniakan kebaikan pada dirinya. Pahala orang-orang yang melakukan kebaikan samalah seperti pahala melakukan perkara-perkara sunat.
Setiap saat dan setiap hari, kita akan diuji oleh Allah swt. Keberhasilan kita melepasi ujian itu akan dibalas dengan ganjaran kebaikan yang berlipat kali ganda. Sebagai contoh, ketika seorang berjalan, ia terdengar azan dikumandangkan dan pada masa yang sama didepannya ada majlis perkumpulan. Jika ia mendahulukan azan dengan segera menunaikan solat di masjid maka orang itu adalah orang-orang yang terpilih. Begitu juga jika peniaga melihat satu penipuan yang berlaku didepan matanya. Jika ia mencegah penipuan itu maka ia akan didatangkan kebaikan dari Allah swt. Begitu juga dengan orang yang berbelas kasihan dan berbuat baik kepada orang tua dan mengerti maksud syurga dibawah tapak kaki ibu lalu segera menunaikan hajat orang tuanya. Maka orang ini akan didatangkan kebaikan dari Allah swt.
Kata Habib, untuk mengetahui samada amalan itu baik atau tidak ialah dengan cara melihat kepada perasaan dan ehwal diri sendiri. Perasaan dan ehwal yang baik adalah hasil dari amalan yang baik. Jika itu berlaku maka itu adalah tanda kebaikan yang telah dikurniakan Allah swt kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.

No comments:
Post a Comment