* Disyarah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki di Surau Kemensah Height pada 14 Julai 2009. Berikut adalah catatan bebas ana. Mohon maaf jika ada terkurang atau kesilapan ketika mencatat.
Allah Maha Mengetahui (al-‘Alim)
Allah swt bersifat dengan ilmu. Semua benda diketahui Allah swt. Dia mengetahui tiap-tiap sesuatu dan ilmu Allah itu tidak ada permulaannya. Ini berbeza dengan manusia dimana ilmu manusia itu bermula dengan jahil. Sebaliknya ilmu tuhan adalah azali, tidak dimulakan dengan kejahilan. Inilah iqtikad Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ilmu manusia ada sebab dan musabab (kerana) contohnya kita pergi sekolah itu adalah sebab, maka baru kita dapat ilmu adalah musabab. Sedangkan ilmu Allah swt bukannya melalui pembelajaran, pergi ke kelas dan sebagainya.
Ilmu manusia sangatlah terbatas dan tidak mengetahui semua perkara. Ilmu Allah swt menyeluruh, meliputi segala sesuatu, samada yang panas atau yang sejuk, samada yangkeras atau yang lembut dan sebagainya. Zat Allah adalah wajibul wujud. Allah swt mengenal zat-Nya. Manusia tidak boleh mengenal zatnya sendiri. Sebagai contoh, manusia tidak mampu mengira jumlah rambut atau bulu roma yang ada pada diri sendiri bahkan helaian janggut pun tidak mampu dikira. Manusia tidak mampu mengira jumlah urat darah didalam badan, tidak mampu mengetahui jumlah liang peluh yang ada dalam diri sendiri! Jadi kata syeikh, jika kita tidak dapat mengenal hakikat diri sendiri bagaimana pula kita boleh mendakwa bahawa kita kenal zat Allah dengan hanya berfikir sahaja?
Ilmu manusia tidak akan dapat meliputi zat Allah swt. Kenal kita kepada Allah bukan kepada zat Allah tetapi sifat dan asma’ Allah. Zat Allah jangan difikir atau difahami kerana tak terjangkau oleh akal fikiran kita. Zat Allah ini termasuk dalam perkara-perkara ghaib yang tidak mampu bagi kita untuk memikirkannya. Diriwayatkan bahawa Imam al-Ghazali pernah berdebat dengan al-Zamaksyari tentang perkara-perkara ghaib ini. Imam al-Ghazali merupakan tokoh ahlus Sunnah wal Jamaah yang sangat terkenal dizamannya bahkan sehingga ke hari ini manakala al-Zamaksyari pula berpegang kepada faham Muktazilah. Faham Muktazilah seperti yang dipegang oleh al-Zamaksyari cenderung kepada penggunaan logik akal bagi memahami sesuatu. Bagi al-Zamaksyari, apa sahaja yang tidak dapat dilihatnya maka perkara itu diengkarnya atau ditolaknya. Sebagai contoh, al-Zamaksyari tidak percaya akan kewujudan jin. Nak dijadikan cerita, kebetulan antara anak murid Imam al-Ghazali adalah dari kalangan jin. Pada suatu hari setelah selesai mengajar, Imam al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya yang dari kalangan jin. Tanya Imam al-Ghazali, wahai anak muridku, apakah yang berlaku didunia pada hari ini? Jawab jin yang menjadi anak muridnya, wahai guruku, aku ternampak al-Zamaksyari sedang menyiapkan tafsirnya. Lalu balas Imam al-Ghazali, Boleh tak kamu tolong aku salinkan kitabnya dan bawakan salinan ke mari? Kata jin, Baik, arahan guru akan segera ku laksana. Dengan pantas jin pergi kerumah al-Zamaksyari lalu menyalin kitab tersebut dan membawanya kepada Imam al-Ghazali. Hinggalah pada suatu hari, al-Zamaksyari datang bertandang ke rumah Imam al-Ghazali. Tatkala sewaktu kunjungannya itu, beliau terdengar Imam al-Ghazali sedang membacakan sesuatu. Lalu terdetik dihatinya, ini macam kitab yang aku tulis. Lalu al-Zamaksyari bertanya kepada Imam al-Ghazali, dari mana kamu dapat kitab itu? Aku merasakan bahawa apa yang kamu baca itu adalah sebahagian dari tafsir aku. Jawab Imam al-Ghazali. Memang benar, apa yang aku baca tadi adalah sebahagian dari kandungan kitabmu. Tapi tentu kamu berasa hairan bagaimana aku boleh memperolehinya bukan sedangkan aku sendiri tidak pergi ke rumah kamu bahkan rumah kamu juga tidak diceroboh oleh sesiapa pun?. Tanya al-Zamaksyari, jadi bagaimana kamu boleh mendapatkan kitab aku? Lalu Imam al-Ghazali menjawab, Ketahuilah wahai Zamaksyari bahawa jinlah yang telah menolong aku menyalin kitabmu. Jin itu adalah anak muridku. Jin itu adalah satu cabang perkara ghaib yang kamu engkar sebelum ini. Tentu sahaja kamu tidak dapat menerimanya bukan? Al-Zamaksyari tidak pernah mahu mengalah. Beliau sering mengutarakan masalah hakikat ketuhanan. Beliau berusaha menterjemahkan hakikat ketuhanan dengan menggunakan akal. Lalu Imam al-Ghazali membalas, Wahai Zamaksyari, Jika hakikat engkau sendiri pun engkau tidak faham bagaimana pula engkau hendak memahami hakikat Tuhan? Imam al-Ghazali kemudiannya membacakan syair yang sangat masyhur yang bunyilah lebih kurang berikut,
….. Mana arahnya roh itu, kemana ia bermusafir (kemana perginya),
Adakah kita mampu menghitung nafas kita,
Adakah kita tahu bila nafas itu terhenti,
Mana akal kita bila kita tidur,
Adakah kita masih boleh befikir ketika kita dalam tidur…
Lalu kata Imam al-Ghazali, Kalau ini pun kamu tidak boleh memahaminya maka jangan bertanya tentang perkara-perkara ghaib termasuklah tentang hakikat ketuhanan.
Memang manusia sangat lemah. Kata Syeikh, apabila tidur seseorang maka Allah mematikan rohnya. Lalu kemana perginya roh itu? Ulama memberi bermacam-macam andaian tentang hal ini tetapi tidak pernah mencapai kata sepakat tentang dimana diamnya roh setelah keluar dari jasad.
Disebabkan perkara-perkara ghaib ini adalah satu cabang dalam ilmu tauhid, maka kata Imam al-Ghazali, ilmunya perlu diambil secara talqin iaitu mengambilnya dari mulut seorang guru lalu disampaikan kepada seorang guru yang lain sehinggalah sanadnya itu bersambungan bermula dari Rasulullah saw hinggalah kepada kita. Kata Syeikh, Setelah diambil secara talqin maka perkasakanlah roh dan hati kita agar dapat ‘melihat’ hakikat ketuhanan. Hanya hati dan roh sahaja yang dapat ‘melihat’ hakikat ketuhanan kerana disitulah tempat Allah melimpahkan segala perkara-perkara yang berkaitan dengan hakikat sedangkan memikirkan hakikat dengan menggunakan akal pasti menyesatkan. Ulama selanjutnya menyatakan bahawa ilmu Allah bersama-sama dengan kita dimana sahaja kita berada. Atas sebab itulah Allah swt Maha mengetahui akan apa yang kita kerjakan bahkan Allah swt Maha Mengetahui apa yang tersirat didalam hati kita sebelum pekerjaan itu dilakukan. Orang yang sentiasa bermain-main dengan akal akan menyebabkan hati mati. Merendahkan-rendah ulama terdahulu juga akan menyebabkan hati mati. Tanda hati mati (kering) kata Syeikh ialah apabila tiada kesan dalam diri tatkala membaca al-Quran dan tidak ada manfaat yang lekat dalam diri apabila datang mendengar ceramah. Bahkan Allah swt berperang dengan golongan yang suka merendah-rendahkan ulama yakni merujuk kepada golongan yang suka menyakiti wali-wali Allah. Kata Syeikh, dewasa ini ramai orang yang berlagak pandai sehingga berani mengkritik ulama terdahulu tanpa adab seperti Imam al-Ghazali padahal siapalah kita jika dibandingkan dengan keilmuan Imam al-Ghazali. Kata Syeikh, Allah melaknat golongan yang mengkritik tanpa adab ini didunia lagi bahkan kesudahan golongan ini adalah dalam keadaan su’ul khatimah, nauzubillah. Termasuk dalam golongan dimana Allah berperang dan memberi balasan azab ketika didunia lagi ialah golongan yang merompak dijalanan dan golongan yang berterusan memakan riba.
Tentang hal jin tadi, almarhum Syeikh Yasin Isa al-Fadani (asal Padang)[1] yang pernah memimpin Madrasah Dar al-Ulum[2] di Makkah yang sangat terkenal satu ketika dahulu juga pernah mengajar jin. Diriwayatkan Syeikh Yasin setelah habis mengajar, akan duduk berseorang didalam kelas. Pada ketika itu, beliau sebenarnya sedang mengajar jin. Kata Syeikh, ini berbeza dengan keadaan sekarang dimana orang menuntut ilmu kepada jin. Ternyata ilmu ini adalah ilmu songsang kerana sepatutnya jin datang berguru dengan manusia seperti yang terjadi kepada ulama-ulama besar dimana jin datang belajar dengan ulama-ulama besar ini. Diriwayatkan Imam Abdul Wahab Sya’rani pernah didatangi ketua kadhi jin untuk meminta nasihat darinya bagi menyelesaikan satu masalah. Imam Abdul Wahab lalu menulis sebuah kitab yang boleh didapati sehingga ke hari ini dimana isi kandungannya bukan sahaja dimanfaatkan oleh golongan jin tetapi juga manusia.
Sebelum menutup syarah, Syeikh memberi sedikit ulasan tentang perihal memuji Nabi Muhammad saw. Kata Syeikh, memuji Nabi saw adalah sunat sebab Nabi saw sendiri pun memuji dirinya. Sebagai contoh, Nabi saw pernah bersabda bahawa Aku adalah sebaik orang yang berada di sebelah kanan, Akulah penghulu Adam dan Akulah orang pertama yang mengetuk pintu syurga. Kenapa Nabi saw memuji dirinya? Nabi saw memuji dirinya supaya umatnya mengenal kedudukannya. Nabi memuji dirinya setelah membersihkan diri dari sifat riya’ dan ‘ujub. Bahkan Allah swt sendiri memuji Nabi saw. Oleh itu kata Syeikh, mengadakan majlis Mawlid dan sebagainya bagi memuji Nabi saw adalah sesuatu perkara yang sunat yang patut disertai oleh semua orang Islam bahkan tidak sepatutnya timbul isu bidaah dan sebagainya. Kata Syeikh, kita semua sudah terlalu jauh dan seakan-akan lupa akan jasa Nabi saw yang sangat besar dan tidak ternilai itu. Kalau para sahabat masih ada lagi sehingga ke hari ini, sudah pasti mereka akan menangis dengan tindak-tanduk kita yang seperti tidak ambil kisah terhadap perjalanan hidup Nabi saw. Kata Syeikh, para sahabat dulu sentiasa sahaja berebut-rebut mendapatkan apa sahaja sisa-sisa yang ditinggalkan Nabi saw. Bahkan rambut-rambut Nabi saw ketika digunting tidak pernah sampai mencecah ke tanah melainkan disambut kesemuanya oleh para sahabat kerana mereka begitu mengasihi Nabi saw. Sedangkan kita, apakah reaksi kita dalam menunjukkan kecintaan kita pada Nabi saw sehinggakan mengadakan majlis mawlid pun dianggap sebagai sesuatu yang bersalahan? Apakah reaksi kita apabila ada golongan yang sewenang-wenangnya mengengkari hukum Tuhan sedangkan itulah syariat dan hukum-hakam yang telah dibawa oleh Nabi saw. Kata Syeikh, jika para sahabat masih hidup pada hari ini, pasti mereka akan menegakkan syariat Islam dan tidak teragak-agak menghukum sesiapa sahaja yang menghina Nabi saw. Kata Syeikh lagi, Nabi saw tidak pernah memikirkan habuan harta-benda ketika menyebarkan dakwah bahkan ditinggalkan anaknya yang dikasihi, Fatimah kerana hendak menyebarkan Islam. Sedangkan kita meninggalkan anak-isteri kerana hendak mendapatkan habuan dunia yang tak seberapa. Ramai antara kita yang pulang lewat malam kerana hendak mendapatkan habuan dunia, kononnya kerana hendak menyiapkan kerja pejabat dan sebagainya sehingga lalai dari mengingati Allah swt dan Rasulnya. Nabi saw sehingga ke akhir hayatnya, tidak ada peninggalan berharga yang ditinggalkan untuk keluarganya bahkan sempat lagi mengingati umatnya. Ramai antara kita pula bekerja kerana hendak meninggalkan harta untuk keluarga bahkan berwasiat dengan bermacam-macam harta untuk ditinggalkan tetapi terlupa untuk mengingati dan mengasihi Nabi saw ketika hayat masih ada. Inilah sikap umat Islam pada hari ini yang terlalu sibuk mengejar habuan dunia, tertipu dengan nikmat dunia sehingga terlupa jasa-jasa Nabi saw yang tidak ternilai itu. Umat Islam pada hari ini sentiasa alpa bahkan tidak mengambil berat dengan peninggalan Nabi saw yang sangat berharga iaitu al-Quran. Justeru itu kata syeikh, marilah kita bersama-sama mengingati perjalanan Nabi saw, mengasihi Nabi saw dan berusaha menegakkan Islam dan mengamalkan Islam seperti apa yang telah dibawa oleh Nabi saw dan diamal oleh Nabi saw dan para sahabatnya yang mulia.

[1] Meninggal dunia pada tahun 1990. Sangat alim dan banyak menghasilkan karya. Bahkan ramai ulama besar Arab mengambil sanad hadith darinya.
[2] Di Makkah, ada tiga madrasah besar yang sangat terkenal iaitu Madrasah al-Falah yang khusus kepada pembelajaran fiqh Mazhab Maliki, Madrasah Syaulatiyyah yang khusus kepada pembelajaran fiqh Mazhab Hanafi dan Madrasah Dar al-Ulum yang khusus kepada pembelajaran fiqh Mazhab Syafi’i
No comments:
Post a Comment