Nabi Muhammad saw bertemu dengan Nabi Musa as sebanyak empat kali iaitu pertama, ketika baginda melalui qubur Nabi Musa as yang terletak di sempadan Jordan dan Palestin. Nabi Musa as pada ketika itu sedang mengerjakan solat didalam quburnya. Kedua, ketika Nabi Muhammad saw mengerjakan solat dengan Nabi-Nabi lain di Masjidil Aqsa. Ketiga, ketika Nabi Muhammad saw menziarahinya di langit keenam dan keempat, ketika baginda saw turun selepas bertemu dengan Allah swt. Nabi Musa as berada dilangit keenam iaitu satu tingkat dibawah Nabi Ibrahim as. Kata sesetengah ulama, tingkatan langit itu menunjukkan kedudukan mereka. Lagi tinggi tingkatan langit maka lagi tinggi kedudukan mereka disisi Allah swt. Nabi Muhammad saw berada di langit yang lebih tinggi dari Nabi Ibrahim as iaitu selepas langit ketujuh. Ketika bertemu Nabi Musa as, perkara pertama yang diucapkan oleh Nabi Musa as ialah pujian keatas baginda saw. Kata Nabi Musa as, Sebaik-baik sahabat adalah kamu. Kata Syeikh, jika Nabi Musa as memuji Nabi saw, apatah lagi dengan kita sebagai umatnya. Sebaiknya kita hendak perbanyakkan selawat memuji Nabi saw. Sesiapa yang mendoakan wasilah kepada Nabi saw maka berhaklah orang itu mendapat syafaat Nabi saw. Diriwayatkan ada seorang fasiq yang sentiasa bergelumang dengan maksiat dimasukkan kedalam syurga. Lalu bertanya seseorang kepadanya, apakah amalanmu? Beliau menjawab, walaupun aku ini ahli maksiat tetapi apabila tiba bulan Rabiul Awal, aku akan mempersiapkan diriku, membersihkan diriku dan pakaianku untuk hadir ke majlis maulid Nabi saw. Apabila diminta agar mengangkat suara ketika berselawat memuji Nabi saw, aku pun menurutinya dan berselawat keatas Junjungan besar Rasulullah saw. Maka atas sebab amalan itulah, aku dimasukkan kedalam syurga.
Nabi Musa as lalu bertanya kepada Nabi saw, bagaimana perjalananmu di Sidratul Muntaha? Lalu jawab baginda, Allah telah memfardukan solat keatas diriku dan umatku sebanyak 50 kali sehari semalam. Lalu dibalas oleh Nabi Musa as, katanya, Sedangkan umat aku pun tidak mampu mengerjakan solat sebanyak itu apatah lagi umat kamu yang lebih lemah fizikalnya berbanding umatku. Pergilah berjumpa kembali Allah swt supaya dikurangkan bilangan solat itu.
Nabi saw menoleh kearah Jibril as untuk meminta pandangan. Jibril mengisyaratkan seperti mengiyakan pandangan Nabi Musa as tadi. Nabi saw lalu naik semula ke sidratul muntaha dan tersungkur serta sujud di hadapan Allah swt. Sabda Nabi saw, Berikanlah keringanan kepada umatku kerana umatky adalah umat paling lemah. Lalu Allah swt mengurangkan lima solat dari jumlah asal 50 kali solat. Nabi saw kemudiannya turun dan berjumpa semula Nabi Musa as. Nabi Musa as sekali lagi menyatakan kepada Nabi saw betapa umat Nabi saw tidak mampu mengerjakan solat sebanyak itu. Nabi Muhammad saw naik semula keatas untuk meminta dikurangkan bilangan solat. Peristiwa itu berlanjutan sehinggalah bilangan solat menjadi lima sahaja. Solat lima waktu itu kemudiannya muktamad biarpun Nabi Musa as menggesa Nabi Muhammad saw berjumpa dengan Allah swt untuk mengurangkan lagi bilangan solat itu. Betapa Allah begitu kasihkan kepada Nabi saw dan umatnya sehinggakan setiap satu waktu solat itu digandakan kepada 10 menjadikan ganjarannya terlalu banyak. Itupun masih ada golongan yang berani mengubah bilangan solat dengan menambah atau mengurangkan bilangan solat. Golongan ini telah melakukan jenayah yang paling besar terhadap Allah swt dan Rasulnya. Tanda Allah swt begitu kasihkan Nabi saw dan umatnya ialah dengan menganugerahkan ganjaran yang tidak terhingga dan mendahului sifat kasih-sayang-Nya berbanding kemurkaan-Nya. Sesiapa di kalangan umat Nabi Muhammad saw yang berniat melakukan kebajikan tetapi tidak mampu melakukannya akan tetap diberi ganjaran 1 kebajikan. Jika melakukannya maka diganda dengan 10 kebajikan. Sebaliknya sesiapa yang berniat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya maka tidaklah dicatatkan balasan kejahatan manakala jika melakukannya, balasan kejahatan itu tidaklah pula digandakan.
Walaupun bilangan solat hanya tinggal 5 tetapi ramai wali-wali Allah mengerjakan solat lebih dari bilangan itu. Ini menunjukkan bahawa umat Nabi Muhammad saw bukanlah lemah. Rabiah Adawiyah, seorang ahli sufi besar mengerjakan solat sebanyak 1000 rakaat. Sebelum mengerjakan solat malam, beliau akan meminta izin dari suaminya dan jika suaminya mengizinkan maka beliau akan bingkas berdiri mengerjakan solat. Imam Ahmad Hanbal bersolat 300 kali sebelum peristiwa beliau dimasukkan ke penjara. Setelah dimasukkan ke penjara dan diseksa, beliau masih mampu mengerjakan solat sebanyak 150 rakaat. Wali-wali Allah ini membuktikan bahawa umat Nabi Muhammad saw bukanlah umat yang lemah. Wali-wali Allah ini berusaha menggembirakan Rasulullah saw dengan membuktikan bahawa umat baginda bukanlah umat yang lemah sebaliknya umat yang dihormati bersesuaianlah dengan kedudukan baginda sebagai makhluk yang paling afdhal dan mencapai maqam yang tertinggi di sisi Allah swt. Tentang kedudukan Nabi saw sebagai makhluk Allah swt yang paling mulia, Syeikh Yusuf Ismail Nabhani menyatakan seperti berikut, diatas seluruh kepala seluruh makhluk itu sepatutnya diletakkan selipar Nabi saw. Apa sebabnya, kerana Nabi saw tidak diizinkan Allah Taala untuk menanggalkan seliparnya tatkala naik ke Sidratul Muntaha sedangkan Nabi Musa as disuruh menanggalkan seliparnya ketika naik ke bukit Tursina untuk berbicara dengan Allah swt. Begitulah kedudukan Nabi saw yang sangat mulia disisi Allah Taala sehinggakan selipar baginda pun tidak dibenar untuk ditinggalkan ketika baginda naik ke Sidratul Muntaha.
Diriwayatkan Jibril terlambat bertemu Nabi saw. Ketika bertemu Nabi saw, Jibril memberitahu bahawa kelewatannya adalah disebabkan ada satu malaikat merintih kerana sayapnya telah patah. Kata malaikat itu seperti yang dicerita oleh Jibril as, Sayap aku patah kerana aku lalai dari memuliakan Nabi saw. Ketika semua malaikat berbaris menyambut Nabi saw, aku sibuk mengerjakan solat sehingga tidak sedar Nabi saw lalu disebelahku. Lalu sayap aku patah disebabkan kelalaianku tidak menyambut kedatangan baginda saw. Wahai Jibril, bolehkan engkau meminta syafaat dari Nabi saw agar sayapku kembali pulih? Lalu Jbril meminta malaikat itu mengucapkan salawat kepada baginda saw. Sayap malaikat itu kemudiannya pulih seperti sediakala dan malaikat itu pun kembali semula ke tempatnya. Satu lagi kisah yang menceritakan tentang betapa pentingnya membesarkan kemuliaan Rasulullah saw ialah seperti berikut, dikisahkan dalam satu majlis maulid yang diadakan di Palestin, kelihatan susuk tubuh seorang yang berdiri dari mula hinggalah akhir kisah kelahiran baginda saw dibacakan. Lalu ditanya kepadanya tentang mengapa beliau berdiri ketika dibacakan kisah kelahiran Nabi saw. Jawab lelaki tersebut, Aku ini asalnya engkar kepada Nabi saw kerana selalu membidaahkan majlis maulid. Sehinggalah pada suatu hari, aku bermimpi Nabi saw. Ketika itu aku hadir dalam majlis Rasulullah saw tetapi aku tidak dibenarkan berdiri ketika selawat dialunkan. Anehnya, sebaik aku bangun dari tidur, jassd aku terus menjadi lumpuh. Lalu aku bernazar untuk berdiri setiap kali kisah kelahiran Nabi saw dan selawat dibacakan sekiranya aku sembuh dari lumpuh. Maka pada malam itu, aku bermimpi lagi berjumpa dengan Rasulullah saw. Rasulullah saw datang kepadaku dan meletakkan tangannya yang mulia pada jasadku lalu menyapu tubuhku. Sebaik aku sedar dari tidur aku dapati penyakitku telah sembuh. Semenjak dari itu, aku tidak lupa menunaikan nazarku iaitu dengan memuliakan Rasulullah saw.
Kata Syeikh, perbuatan berdiri ketika berzikir dan berselawat bukanlah perkara bidaah. Di Mesir, ulama-ulama lazimnya berdiri ketika berzikir. Berdiri itu adalah manifestasi untuk menzahir kan penghormatan dan kasih sayang kepada baginda Rasulullah saw. Dalam bacaan salawat ada tiga elemen yang terkandung didalamnya iaitu doa, permohonan kepada Allah dan pujian kepada Rasulullah saw. Maka dengan membacanya dalam keadaan berdiri tidaklah bersalahan sebaliknya menunjukkan betapa kecintaan dan penghormatan kita kepada Rasulullah saw. Kenapa berdiri menyanyikan lagu Negaraku tidak dianggap bidaah sebaliknya apabila berdiri untuk berselawat dan berzikir terus dicop sebagai bidaah? Abdullah bin Umar, seorang sahabat besar yang juga merupakan mufti para sahabat, ipar kepada baginda saw dan anak kepada Saiyidina Umar al-Khattab, sahabat besar Nabi saw sentiasa mengadakan halaqah zikir dengan anak muridnya. Adakalanya mereka menzahirkan zikir dalam keadaan berdiri. Nyatalah bahawa berzikir dan memuji kebesaran Allah dan Rasulnya dalam keadaan berdiri bukanlah satu perkara yang bersalahan sebaliknya sebagai tanda tunduk dan patuh, penghormatan dan kecintaan kepada Allah dan kekasih-Nya Rasulullah saw.

No comments:
Post a Comment