* Kitab ini disyarah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki. Dibawah adalah catatan bebas ana ketika menghadiri syarahnya pada 12 Julai 2009 di Bukit Indah, Ampang.
Rasulullah dinaikkan ke Sidratul Muntaha dan berhenti disitu. Sidrah dinisbahkan kepada pohon kayu yang besar yang menjadi penanda. Muntaha bermakna berakhir. Sidrah ialah pohon yang cantik yang bercahaya-cahaya tetapi tidak dapat digambar dan disamakan dengan apa yang ada di muka bumi kerana ia tertakluk dibawah perkara-perkara ghaib. Sebab ia dikatakan penanda ialah kerana makhluk yang berada diatasnya tidak boleh turun ke bawah manakala makhluk yang berada dibawahnya tidak boleh naik ke atas yakni melepasi sidratul muntaha. Walaubagaimanapun Nabi Muhammad saw mendapat keistimewaan untuk melepasi Sidratul Muntaha kerana semua makhluk Allah Taala telah ditugaskan untuk berkhidmat kepada baginda saw. Ini samalah sebagaimana bumi dimudahkan kepada manusia dimana manusia boleh memanfaatkan hasil bumi. Jibril as sendiri pun tidak boleh melampaui had sempadan Sidratul Muntaha kerana tidak diizinkan untuk melepasinya. Kata Jibril as, Perjalanan diatas melepasi Sidratul Muntaha adalah lebih dahsyat dari dibawah. Kalau aku melangkah setapak lagi ke hadapan wahai Nabi saw maka akan terbakarlah diriku dengan cahaya disana. Kata-kata Jibril as itu menggambarkan betapa kuatnya cahaya yang berada di bahagian atas berbanding di bahagian bawah. Nabi saw mampu dan layak untuk melepasi Sidratul Muntaha kerana baginda diberi kekuatan untuk melaluinya dengan izin Allah swt. Dalam Sidratul Muntaha, Nabi saw dapat mengembara dnegan selamatnya. Sidratul Muntaha adalah pohon yang terdapat didalam syurga, oleh itu daun-daunnya sangatlah cantik dan terlalu banyak sehinggakan tidak dapat diberikan namanya dan warnanya kerana tak terhitung banyaknya. Sungai Nil dan Furat, puncanya ialah dari syurga, hakikatnya kata Syeikh, Wallahualam kerana kita tidak dapat memahaminya (maksudnya tentang puncanya dari syurga).
Rasulullah setelah mandi di sungai rahmat, baginda lalu diberi tahu akan keampunan dosanya yang terdahulu dan akan datang. Hanya baginda sahaja yang mendapat keistimewaan tersebut sedangkan Nabi dan Rasul lain tidak. Sebab itulah, di akhirat kelak, hanya Nabi saw yang berani untuk memberi syafaat kepada umatnya sedangkan Nabi dan Rasul lain masih berasa takut (khauf) dan harap (raja’) yakni takut-takut kalau tidak diampunkan dosa dan mengharap agar Allah mengampun segala dosa. Ini adalah kerana mereka tidak diberitahu akan dosa mereka samada semuanya telah terampun atau tidak seperti Nabi saw. Nabi dan Rasul lain masing-masing sibuk dengan diri sendiri sedangkan Nabi saw bersedia untuk memberi syaafat kepada umatnya di akhirat kelak. Kata Syeikh, setiap nabi dan rasul itu telah diberi ‘satu tiket’ yang berupa doa yang sangat mustajab yang pasti di perkenankan oleh Allah swt. Doa mustajab itu telah digunakan oleh mereka untuk berhadapan dengan kaum kafir, memohon balasan agar ditimpakan bala kepada umatnya dan sebagainya lagi. Tetapi nabi saw menyimpan doa mustajab tersebut untuk digunakan bagi menyelamatkan umatnya kelak ketika di hari akhirat. Walaupun nabi berdarah didalam perang tetapi Nabi tidak menggunakan doa tersebut untuk memusnahkan kaum kafir. Walaupun Nabi saw dihina dan diejek oleh kaum kafir tetapi Nabi bersabar dan tidak menggunakan ‘tiket’ tersebut. Walaupun Nabi dilontar dengan batu ketika berdakwah di Taif tetapi Nabi masih lagi bersabar dan menyimpan ‘tiketnya’ itu untuk digunakan di hari akhirat kelak. Gunanya doa yang mustajab itu ialah untuk memberi SYAFAAT ketika dihari akhirat kelak, Allah, Allah Allah. Kata Syeikh, hal yang sama juga berlaku dikalangan wali-wali. Sesiapa yang telah menggunakan ‘doa’ tesebut untuk menzahirkan karomahnya maka dia akan menangis ketika sakaratul maut kerana tidak dapat menggunakannya ketika di akhirat kelak. Kata Syeikh, setiap wali itu berada dibawah telapak kaki Nabi-Nabi. Wali yang berada di bawah telapak kaki Nabi Muhammad saw digelar wali qutub yakni ketua segala wali-wali. Mereka ini tidak akan memohon ‘doa’ itu untuk mendapat benda-benda yang sekadar boleh memanfaat mereka ketika berada didunia sebaliknya menyimpan doa itu untuk kegunaan di akhirat kelak. Wali-wali ini mencontohi sifat Nabi saw sebab itulah golongan ini digelar Khadam Muhammadi. Orang yang biasa dengan karomah didunia yang dizahir dengan karomah yang banyak maka orang ini tidak berada dalam kelompok khadam Muhammadi. Khadam Muhammadi tidak memikirkan akan segala karomah-karomah yang zahir sebaliknya lebih mengutamakan redha Allah swt. Abu Hasan al-Syazili seorang ulama besar ketika ditanya kenapa karomahnya tidak terzahir seperti anak muridnya yang kencingnya sahaja menjadi emas, maka jawab Abu Hasan al-Syazili, asalkan bumi tidak menelan diriku, itu sudah cukup memadai. Abu Hasan al-Syazili tidak menghiraukan langsung tentang karomahnya sebaliknya yang dicarinya ialah redha Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan khadam Muhammadi. Begitu juga dengan para sahabat besar yang telah dijamin syurga tetapi apabila mereka beribadat, mereka seakan-akan lupa akan jaminan syurga keatas diri mereka. Mereka beribadah dengan bersungguh-sungguh. Umar al-Khattab dilaporkan menangis kerana takutkan Allah Taala sehingga terzahir garis cengkung di mukanya akibat terlalu kuat menangis. Ini jauh berbeza dengan kita yang sudahlah tidak dijamin syurga tetapi masih tidak melakukan ibadah bersungguh-sungguh. Kata Syeikh, sepatutnya kita kenalah lakukan ibadah yang lebih baik dan lebih banyak dari Umar al-Khattab kerana kita masih belum dijamin masuk syurga sedang Umar al-Khattab telah dijamin masuk syurga.
Orang sekarang terlalu sibuk memikirkan akan karomah dan perkara-perkara yang mencarik adat. Orang sekarang tidak nampak bahawa mukjizat terbesar Nabi saw ialah Al-Quran dan mukjizat itulah yang perlu dikaji dan ditelaah dari masa ke semasa. Sebaliknya orang sekarang ghairah bercerita tentang mukjizat-mukjizat yang mencarik adat yang terjadi di kalangan Nabi. Nabi Muhammad saw walaupun dikurniakan pelbagai mukjizat namun hal-hal yang mencarik adat itu tidaklah begitu menonjol berbanding dengan Nabi-Nabi lain. Nabi saw tidak pernah menggunakan mukjizatnya untuk menghalang baginda dari berdarah ketika dalam peperangan. Nabi saw tidak pernah menggunakan mukjizatnya untuk terbang ke udara atau bergerak ke sini sana dengan pantas. Nabi saw tetap berjalan seperti biasa, berdarah ketika dalam peperangan dan sebagainya yang sama seperti manusia biasa. Ini adalah kerana Nabi saw mahu memberikan contoh tauladan kepada umat supaya jangan tertipu dengan kemuliaan didunia. Hal yang sama juga turut dicontohi dan diikuti oleh para sahabat. Ada sahabat yang dibunuh. Tidak ada pula cerita yang mengatakan ada sahabat menggunakan ilmu kebal, batin dan sebagainya. Kata Syeikh, jika Nabi saw menggunakan semua mukjizat tersebut untuk memudahkan segala kerja baginda maka tiadalah maqam sabar, tawakkal dan sebagainya yang boleh dijadikan contoh atau ikutan dikalangan umatnya sehingga ke hari ini. Bagi sahabat pula, jika amalan kebal itulah yang dicari maka tiadalah maqam syahid. Nabi saw dan para sahabat telah memberikan contoh tauladan yang sangat baik kepada umat masa ini bahawa bukan kemuliaan didunia itu yang dicari-cari sebaliknya kemuliaan di akhirat itulah yang utama iaitu dengan mengharap redha Allah Taala.

No comments:
Post a Comment