*Catatan bebas ana di Persatuan Sejarah Malaysia pada 19 Disember 2009
Fakta
1. Lokasinya terletak di Kuala Sungai Perak dalam kawasan Bagan Datok, Perak.
2. Merupakan tempat pertabalan Sultan Perak semenjak dari zaman Sultan Muzaffar Shah 1, Sultan Perak yang pertama yang ditabal pada tahun 1528.
3. Setiap bakal Sultan yang akan menduduki takhta negeri Perak dimestikan menjejakkan kaki diatas beting pasir.
Catatan dan pengalaman peribadi pembentang
1. Dalam takhta kerajaan negeri Perak, ada 7 jin kerajaan yang menjaga Sultan Perak yang diketuai oleh Sultan Ahmadin Shah. Kapit kepada Sultan Ahmad Shah ialah ketua segala jin kerajaan yang menetap di Bukit Khuf Makkah.
2. Kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa. Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.
3. Mengikut penyelidikan Abdullah Jumain, UKM, Raja Muzaffar Shah (1528 M) terpaksa menyelam ke dasar laut selama 7 hari 7 malam untuk mengadakan perjanjian dengan orang ghaib yang menjaga kawasan tersebut. Pada ketika itu bahtera baginda tersangkut dikawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Mengikut catatan pembentang pula, telah keluar jin setinggi langit dari lubuk pusar. Namanya ialah Datuk Mahkota Maharaja Si Raja Jin. Kata jin tersebut, kalau Raja Muzaffar Shah hendak menjadi raja, baginda hendaklah membuang mahkotanya kedalam laut. Setelah mahkota tersebut dibuang, barulah bahtera itu dapat bergerak semula
4. Sejak dari peristiwa itu, negeri Perak tidak lagi memakai gelaran Tengku Mahkota. Gelaran tersebut ditukar kepada Raja Muda. Ini adalah kerana mahkotanya telah diambil oleh jin yang menjaga negeri tersebut iaitu Dato Mahkota Maharaja Si Raja Jin.
5. Selama lebih 30 tahun pembentang mengadakan kajian tentang Beting Beras Basah. Pada tahun 1975, beliau mendapat mimpi yang menyuruhnya pergi ke Beting Beras Basah. Sejak mendapat mimpi itu, beliau terus membuat kajian dan mendaftar menjadi ahli penyelidik sejarah. Ketika usia remaja sekitar umur 15 tahun, beliau pernah diberitahu oleh ayahandanya bahawa beliau berketurunan Panglima Hitam, seorang raja ghaib. Namun ayahandanya tidak pernah menceritakan perkara itu dengan lebih lanjut.
6. Pembentang bertemu dengan pawang yang bernama Abdul Wahab bin Musa (Allahyarham) di Teluk Intan untuk mendapat penerangan lanjut tentang mimpinya itu. Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki berpakaian ihram diatas sejadah menyuruh beliau pergi ke Beting Beras Basah dengan membawa kain 7 warna. Katanya, Orang Beting sedang menunggu beliau.
7. Pembentang lalu menyewa sebuah bot dan membawa bersama isteri, almarhum bonda dan beberapa orang saudara (semuanya berjumlah 14 orang) menaiki bot dan bergerak menuju ke Beting Beras Basah dari jeti Sepani, Kampung Kayan.
8. Ketika sampai di Beting Tepi, beliau turun kedalam laut dan mengambil segenggam tanah dan kemudian menyambung perjalanan menuju ke Beting Tengah.
9. Di beting tengah, kelihatan lubuk pusar sedang berpusing. Hujan panas tiba-tiba turun. Apabila air surut, beting timbul dan ditengahnya ada kolam.Kelihatan 7 bendera timbul dari tengah kolam dengan jarak setiap bendera adalah sekitar 3 kaki. Bendera itu pula tercacak menjulang diatas kayu bakar setinggi 15 kaki. Air kolam pula sangat jernih. Pada batang bendera itu ada terdapat daun pemulih yang gunanya adalah untuk mengikat bendera-bendera tersebut. Pembentang tidak boleh mengikatnya kerana terasa seperti ada halangan di hadapannya. Selepas beliau menyatakan bahawa beliau adalah keturunan Panglima HItam dari raja yang berdaulat maka barulah beliau diberi ‘izin’ untuk mengikat daun pemulih tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, kolam air pusar dan beting tersebut tenggelam semula.
11. Selepas 3 hari kejadian itu, beliau diilhamkan oleh satu suara yang menyuruhnya membuat pertukaran nama diraja dan dikurniakan dengan alat-alat kebesaran seperti bendera tubuh, pending, bengkong, pakaian rasmi adat istiadat diraja (5 jenis pakaian), keris sakti dan lain-lain. Keris panca indera sakti yang berasal dari Demak, Jawa diperolehi dalam keadaan sedar. Seorang tua berjubah kuning menyuruh beliau berbaring. Tiba-tiba orang tua itu mengecilkan badannya dan duduk diatas badannya. Orang tua itu juga turut mengijazah beberapa ayat. Geliga gunung berapa Krakatau diperolehi setelah ianya keluar dari mulut pembentang sewaktu beliau makan. Geliga petir diperolehi selepas berlakunya peristiwa sambaran petir.
12. Kata pembentang, sesungguhnya segala peristiwa yang dialami beliau terlalu besar hikmahnya kepada diri beliau. Beberapa persolan terungkai setelah mengalami peristiwa tersebut. Antaranya ialah seperti
a. Jalinan hubungan dengan jin kerajaan dan bertemu dengan cucu cicit Raja Sayyid Hitam
b. Punca terpinggir dan terputusnya keturunan bermula selepas peristiwa Sultan Ismail Mu’abidin Riayat Shah, Sultan Perak ke-25 dibuang ke Johor. Baginda digelar Marhum Skudai di Bukit Mahmudiah Johor Bharu. Moyang pembentang adalah kakanda kepada Sultan Ismail yang telah menyisihkan dari takhta kerajaan negeri Perak.
13. Moyangnya itulah yang bergelar Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (Rijalul Ghaib), seorang wali Allah yang merendah diri dan zuhud kepada Allah. Beliau bertapa di Gunung Bubu. Ketika Raja Idris (pada ketika itu belum menjadi Sultan) mencari gajahnya yang bernama Kulup Chandan hilang didalam hutan, beliau telah bertemu dengan Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim di Gunung Bubu. Ketika bertemu, Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim berkata kepada Raja Idris, Kelak tuanku akan bergelar Sultan. Selepas 7 hari tuanku ditabal menjadi Sultan maka tuanku hendaklah membeaskan Kulup Chandan. Kemudian, janganlah tuanku bersemayam di Sayong tetapi diatas bukit di pinggir Batang Hari Perak. Bukit itulah yang kini dikenali dengan nama Bukit Chandan. Raja Idris patuh kepada arahan tersebut dan ternyata perpindahan tempat persemayaman itu amat besar hikmahnya. Dengan berpindahnya tempat persemayaman itu maka terselamatlah pihak istana dari bencana banjir kerana kedudukannya di tempat tinggi.
14. Bendera 7 warna yang timbul pada permukaan lubuk pusar tadi mewakili 7 jin kerajaan. Sarjana Barat terkemuka, R.O Winstedt ada menyebut dalam tulisannya tentang 7 warna yang mewakili 7 jin kerajaan ini.
15. Dibawah Tasik Pauh Janggi (tempat lubuk pusar), ada sebuah kerajaan yang diketuai oleh sultan ghaib. Sultan ghaib itulah yang bernama Sultan Ahmaddin Shah yang dikapit dengan Dato Mahkota Si Raja Jin.
16. Moyang pembentanglah iaitu Raja Sayyid Syeikh Abdur Rahim (rijalul ghaib) yang memberitahu pembentang bahawa keturunannya adalah keturunan raja yang sebenar yang mempunyai jin kerajaan di Beting Beras Basah dan Sulawesi. Moyangnya jugalah yang menyuruh beliau menukar nama kepada Tengku Sarintaka bin Raja Ajibol. Tentang jin Sulawesi itu yang ada kaitan dengan kerabat diraja Bugis, ia adalah merujuk kepada jin jelmaan buaya putih yang sangat terkenal sejarahnya di Sungai Perak. Khabarnya buaya putih ini kepalanya di kuala Sembilan manakala ekornya di Kuala Kangsar. Buaya putih ini namanya Dato Panglima Haji Jin Putih.

salam saudara...menarik artikel saudara...mengenai beting beras basah...boleh kita berbincang mengenai secara umum lagi..
ReplyDeleteAssalamualaikum...tok,saya ingin benar mengetahui nama-nama 7 jin kerajaan perak (jin khajan).selalunya saya mendengar nama penghulu jin di situ sahaja (dato mahkota sri maharaja jin) bagaimana dengan nama-nama seperti berikut adakah benar.
ReplyDeleteDato panglima haji jin putih(tok adan tuanku)
Panglima berantai
Panglima putih
Panglima beruk berayun
Raden sapu angin
Ular janatul naga.
Harap maaf jika silap tok..salam.
naga sura...mambang diawan
DeleteSyirik
ReplyDeleteSalammm mullah qadammullah. ..saya tertarik dengan artikel tuan...saya juga adalah salah seorang daripada keturunan tok siak nordin panglima di laut. .dan juga tok siak nordin panglima didarat...ataupun panglima hitam..baginda adalah pengembala kepada semua jin-jin kerajaan negeri perak dan penjaga semua jin-jin yang telah dipenjarakan di situ...ini kerana keluarga kami mempunyai tanda-tanda dan juga pantang larang dari segi makanan harian..diantara pantang tanda-tandanya adalah lidah kami bewarna dan bertompokan hitam..dan mempunyai bulu roma yang songsang..dan pantangan dari segi makanan harian adalah dari jenis tumbuh-tumbuhan...............dan dari segi makanan berdarah adalah.............kami adalah generasi yang ke 5..dari keturunan terbabit ini kerana kami ada menyimpan cemeti diraja..keris kebesaran..sehelai baju panglima hitam apabila di seru baju itu akan naik serta bersilat sendiri...mahkota lama...serta tongkat ular naga saktimuna.....akan tetapi allah swt yang maha kuasa setiap asal usul kejadian itu dialah yang maha pencipta dan tahu akan segalanya ...dalam rahsia ada rahsia dan dalam cerita ada cerita...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.

ReplyDeleteSya nk tnye sape ank2 pompuan sultan idris mursyidul azzam? Sbb ibu sya bgitau sya yg moyang pompuan belah ibu sya tu ank kepada sultan idris nme moyang sya aminah binti idris??!
ReplyDeleteThere are many dissertation internet sites on-line after you uncover unsurprisingly identified in your website page. 토토
ReplyDeleteThis is my first time visit to your blog and I am very interested in the articles that you serve. Provide enough knowledge for me. Thank you for sharing useful and don't forget, keep sharing useful info: 토토
ReplyDeleteThank you for some other informative website. The place else may just I get that kind of information written in such a perfect method? I have a venture that I am simply now running on, and I’ve been at the glance out for such info. GCLUB
ReplyDeleteAssalamualaikum, I am the decendant of Raja Abdul Rahman@Daeman son of Sultan Ismai muabidin shah, sultan of perak ke 25,from his third wife che alang from kuala teja.
ReplyDelete