*Catatan bebas ana di Sungai Petai, Perak pada 6 Jun 2010
Transliterasi teks halaman 62-63
Keduanya, syarat tayammum itu hendak adalah tanah tayammum itu suci menyucikan tiada dipakai lagi pada fardhu maka tiada memadai tanah yang musta’mal iaitu tanah yang bertaburan tatkala menyapu ke mukanya dua tangannya atau tanah yang tinggal pada anggota yang disapunya yakni nisbah kepada anggota yang lain bersalahan juga pada dirinya jika adalah lagi suku yang belum rata memadai sapu dengan dia. Dan jikalau mengangkatkan akan tangan yang menyapu itu daripada yang disapunya dahulu daripada rata menyapu kemudian berkehendak bahawa dikembalikan dia kerana meratakan yang tinggal harus pada qaul yang asah kerana belum lagi dinamakan tanah musta’mal nisbah pada anggota itu selama lagi berkehendak kepadanya adapun nisbah pada anggota yang lain jadi musta’mal tanah yang tinggal pada anggota yang menyapu dan pada disapunya. Maka difaham daripada kata ini yakni menghingga tanah musta’mal pada perkara yang tersebut itu jikalau berkehendak seorang atau jemaah tayammum beberapa kali daripada tanah yang sedikit yang pada umpama perca atau lainnya harus sekira-kira tiada gugur suatu daripada tanah musta’mal itu padanya seperti harus seorang mengambil air sembahyang beberapa kali daripada bejana yang satu.
Ketiganya, daripada syarat tayammum itu adalah tanah itu yang tiada bercampur dengan suatu daripada tepung atau kapur atau za’faran jikalau sedikit sekalipun kerana menegahkan dia sampai tanah itu kepada anggotanya sebab mendinding ia akan dia.
Keempatnya, daripada syarat tayammum itu hendak ia menuntut air dahulu daripada tayammumnya dan jikalau dengan diizinkan seorang yang kepercayaan maka tiada memadai tuntut seorang baginya dengan tiada izinnya dan tuntut orang fasiq melainkan ghalib zannya akan benarnya dan memadalah yang diizinkan menuntut air itu seorang bagi orang yang banyak. Dan membangkitkan segala jemaah perhimpunan yang banyak seorang yang kepercayaannya menuntut bagi mereka itu memadalah. Dan lagi disyaratkan adalah tuntutnya itu di dalam waktu dengan yakin maka tiada memadai jika syak akan masuk waktu dan jikalau benar ia masuk waktu pada hakikatnya sekalipun (tetapi sah) izinnya itu dahulu daripada waktu disuruh menuntut di dalam waktu atau ia itlaq jua dan jika ia suruh menuntut dahulu daripada waktu tiada memadai izinnya itu dan jikalau menuntut wakilnya didalam waktu sekalipun (hasil) menuntut air ini jika ada yakin ia pada tempat itu ketiadaan air maka harus ia tayammum dengan ketiadaan menuntut lagi kerana ketiadaan faedah dan jikalau tiada yakin akan ketiadaan seperti diharuskan adanya maka wajib menuntut akan dia dan jikalau dengan diizinkan kepada seorang akan gantinya bagi tiap-tiap berkehendak tayammum di dalam waktu pada tiap-tiap tempat yang diharus akan adanya padanya daripada rihlahnya dan pada taulannya yang dibangsakan bersama-sama dengan dia diratakan seperti menyeru ia di dalam mereka itu siapa-siapa yang ada syaratnya air yang dimurahkan dengan dia dengan memberi atau jual atau pinjam atau lainnya maka jikalau tiada pada mereka itu maka hendaklah ditilik pada kelilingnya pihak kanan dan kiri hadapan dan belakang hingga kepada had ghaus[1] yakni sepelihat mata jikalau ada tempat itu sama rata dan jika ada tempat itu tinggi rendah hendaklah ia pergi kepadanya kepada hingga didengar suara teriak akan mereka itu di dalam hingar binger maka jika tiada dapat akan air tatkala itu harus tayammum ia. Dan jikalau diketahui akan ada bersatu tempat yang sampai akan dia oleh orang yang musafir bagi hajatnya seperti mengambil kayu atau rumput maka ini had al-ba’di yakni jauh nescaya wajib menuntut akan dia daripadanya jika aman atas dirinya dan hartanya dan anggotanya melainkan harta atau ikhtisas yang wajib dibuangkan dia air taharahnya maka tiada disyaratkan amannya tetapi disyaratkan hendak aman ia daripada keluar waktu dan jikalau tiada maka tiada wajib menuntut dia bersalahan jika ada sertanya air dan jikalau mengambil wudhu dengan dia nescaya keluar waktu maka tiada harus ia tayammum kerana ia dapat air. Maka disyaratkan sah tayammum menuntut air dahulu daripada tayammum jikalau tayammum sebab ketiadaan air. Adapun jika tayammum sebab sakit maka tiada wajib padanya menuntut air kerana tayammumnya itu kerana sakitnya bukan kerana ketiadaan air dan barang yang pada maknanya daripada takut sebab sejuk dan umpamanya.
Kelimanya, syaratnya yakin pada tempat itu tiada air seperti yang telah tersebut dahulu maka tiada disyaratkan lagi padanya menuntut air.
Keenamnya, daripada syarat tayammum ada uzur daripada sakit atau ketiadaan air.
Ketujuhnya, syaratnya Islam orang yang tayammum itu seperti bagi barang yang telah terdahulu pada wudhu’ melainkan tayammum pada perempuan yang kitabiah daripada haidnya atau umpamanya supaya menghalalkan bagi suaminya atau penghulunya samada Islam atau kafir maka sahlah tayammumnya dan jikalau kafarah sekalipun kerana darurat.
Syarah (catatan bebas ana)
1. Tuan Guru memaklumkan bahawa isi kandungan kitab ini sangat halus (terperinci), oleh itu hendaklah beri sepenuh perhatian terhadap perbahasan atas isi kitab ini.
2. Tayammum adalah cara wudhu’ ketika darurat sahaja.
3. Tayammum untuk satu fardhu sahaja. Tidak ada istilah ‘tayammum simpan’. Contohnya, tayammum tidak boleh dilakukan pada pukul beberapa jam sebelum sembahyang zohor. 4. Tayammum hanya boleh dilakukan bila masuk waktu sahaja dan hanya boleh digunakan untuk fardu (waktu) itu sahaja.
4. Usaha untuk mencari air perlu dilakukan sebelum boleh bertayammum. Kalau sebab sakit (tidak boleh terkena air), maka boleh terus bertayammum tanpa mencari air.
5. Ibadah perlu disertakan dengan niat. Sebab itu orang kafir tidak sah ibadatnya kerana tidak ada niat.
[1] Sekadar yang mendengar jeritan kita

No comments:
Post a Comment