* Syarahan khas ini diadakan di Masjid Negeri Shah Alam bersempena muktamar tahunan ABIM. Dibawah adalah catatan bebas ana.
Salahuddin al-Ayyubi merupakan insan luar biasa. Kehebatannya melampaui kekuatan manusia biasa. Beliau merupakan insan pilihan Allah swt. Di awal kehidupannya, beliau bukanlah seorang yang warak. Walaubagaimanapun, Salahuddin membuktikan bahawa hidupnya tidak selalu dibayangi kegelapan. Jika Salahuddin boleh bertaubat, kenapa kita tidak bertaubat. Jika Salahuddin boleh memperbaiki dirinya, kenapa kita tidak memperbaiki diri kita. Bukan sahaja Salahuddin, banyak lagi riwayat hidup tokoh-tokoh besar Islam yang lain tidak bermula dengan jalan warak. Bahkan ada yang jahil dan terjerumus dengan kancah maksiat. Abu Hasan al-Asya’ari asalnya berpegang kepada faham Muktazilah. Namun begitu, beliau akhirnya mengambil jalan yang betul iaitu kembali ke aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah dan akhirnya menjadi tokoh besar dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah khusunya dalam bab aqidah. Begitu juga dengan Fudail bin Ayyad. Beliau asalnya adalah samseng jalanan. Hidupnya penuh dengan berfoya-foya. Sehinggalah pada satu hari, beliau jatuh hati dengan seorang perempuan. Diintipnya setiap gerak-geri perempuan itu dan pada satu malam, ketika beliau mengintip perempuan itu, terdengarlah olehnya ayat-ayat suci al-Quran yang indah dibaca oleh perempuan itu. Pada satu ayat tertentu yang dibaca oleh perempuan itu telah menyebabkan Fudail tersentak. Bahkan ia menjadi titik tolak kepada Fudail untuk membuka hatinya patuh dan tunduk kepada ajaran Islam. Bermula dari situ, Fudail menjadi ulama besar yang membimbing umat Islam dizamannya. Berbalik kepada Salahuddin, beliau ini asalnya dari Iraq. Ayahnya merupakan pembesar kepada kerajaan Mahmud al-Zanki, raja yang sangat soleh dan bermazhab Hanafi. Mahmud al-Zanki ini sangat warak orangnya. Pada malam harinya, beliau akan pergi ke masjid seorang diri untuk bermohon kepada Allah swt tanpa disedari oleh rakyatnya. Dalam munajatnya, Mahmud memohon sepenuh jiwanya, Wahai Allah, Tolonglah agama-Mu tetapi jangan tolong orang yang bernama Mahmud ini? Siapakah Mahmud anjing ini yang layak dibantu oleh-Mu?
Sampai begitu sekali Mahmud al-Zanki berbicara dengan Tuhan, meletakkan dirinya ke tahap yang paling rendah. Begitulah tawadhuknya Mahmud al-Zanki dihadapan Tuhan. Salahuddin bekerja dengan kerajaan Mahmud pada usianya 17 tahun. Beliau mula ke medan perang di Mesir apabila kerajaan Mahmud al-Zanki memerangi kerajaan Fatimiyyah. Pada ketika itu, beliau pergi bukan dengan kerelaan hatinya sebaliknya sekadar ingin menemani bapa saudaranya. Namun peristiwa itulah yang telah membuka hatinya. Allah Taala membuka pintu hati Salahuddin apabila beliau melihat betapa musuh-musuh Allah begitu bersatu hati memerangi Islam. Hati mana yang tidak akan meluap melihat keadaan sebegitu.
Apabila memimpin kerajaan, langkah pertama yang dilakukan oleh Salahuddin ialah membersihkan kerajaannya dari ahli-ahli bida’ah. Apa dia sifat ahli-ahli bida’ah? Kata Syeikh, ahli-ahli bida’ah ini ialah golongan yang sanggup berjabat tangan dengan orang kafir tetapi tidak dengan orang Islam. Mereka ini membunuh orang Islam tetapi membiarkan orang kafir hidup. Perkara yang sama tidak banyak bezanya dengan keadaan masa ini. Umat Isalam ini sanggup mencaci, mentohmah dan membuka pekung atau aib umat Islam yang lain dihadapan musuh Islam. Lalu musuh Islam bergembira. Ahli-ahli bida’ah inilah yang membinasakan umat Islam dengan tangan-tangan mereka sendiri. Itulah sebabnya Salahuddin mengambil jalan utama dengan menyingkirkan golongan bida’ah ini. Pernah satu hari Nabi Muhammad saw sujud terlalu lama sehinggakan sahabat menyangkakan Baginda saw telah wafat. Lalu apabila Nabi bingkas bangun, sahabat merasa lega. Mereka bertanya kepada Nabi saw, apa yang Baginda saw doakan ketika sujud? Lalu jawab Baginda saw, Tiga perkara aku minta diperkenankan Allah swt iaitu pertama, supaya umat aku dijauhkan dari kebuluran; kedua, supaya umat aku tidak diazab dimuka bumi dan ketiga, tidak dibinasakan umat aku dengan tangan mereka sendiri. Dari ketiga-tiga perkara yang dipohon Baginda saw, hanya perkara ketiga sahaja yang tidak diperkenan oleh Allah swt. Dan dalam perkara ketiga inilah, termasuk golongan ahli-ahli bida’ah ini yang gemar kepada kebinasaan umatnya sendiri. Setelah kerja-kerja pembersihan golongan bida’ah ini selesai dan mengukuhkan aqidah rakyatnya, barulah Salahuddin menumpukan perhatian kepada usaha untuk membebaskan Baitul Maqdis. Adakah pemimpin pada masa ini mempunyai persamaan dengan Salahuddin? Tidak bahkan jauh sama sekali. Langsung tidak ada dikalangan pemimpin pada masa ini bila mana dilantik untuk memgang pemerintahan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pembersihan golongan ahli bida’ah dan mengukuhkan aqidah di kalangan rakyat. Inilah jurang perbezaan kita dengan generasi Salahuddin al-Ayyubi. Maka bagaimana kita berupaya mencanang hendak membebaskan Baitul Maqdis sedangkan aqidah kita sendiri terumbang-ambing? Apabila pemimpin sendiri tidak mengenal hakikat ketuhanan yang sebenar maka orang awam akan menjadi sesat. Itulah sebabnya Salahuddin benar-benar mengambil berat akan masalah aqidah dikalangan rakyatnya. Untuk menguatkan aqidah rakyat, Salahuddin meminta ulama besar, Qutbuddin al-Naisaburi mengarangkan syair yang berkaitan dengan aqidah. Syair ini lalu dikumandangkan diseluruh kota dengan nada qasidah. Rakyat dididik dengan aqidah yang betul dan ini menjadikan benteng mereka kukuh sekukuhnya. Salahuddin juga membawa ulama besar dalam bidang tasawwuf iaitu Abu Najib al-Akbar yang merupakan anak kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, wali besar Allah untuk membimbing kerajaannya dari sudut rohaniah. Salahuddin sendiri bukanlah calang-calang orang. Dari segi ilmunya, beliau mempunyai tahap kesarjanaan yang tinggi. Beliau mempunyai hasyiah yakni komentar terhadap kitab Sunan Abi Daud. Beliau juga pakar dalam mazhab Imam Syafie. Namun dalam usaha memperkasakan kerajaannya, beliau merendah diri dan meminta ulama-ulama besar membantunya. Salahuddin juga sangat kuat menegakkan Sunnah. Selepas menakluk Mesir, beliau memecat kesemua kadi-kadi Mesir yang menganut mazhab Syiah Rafidhah. Beliau menyingkir kesemua tenaga pengajar al-Azhar yang menganut mazhab tersebut. Beliau ganti semuanya dengan ulama-ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah. Beliau bina madrasah Ahlus Sunnah wal Jamaah berdekatan dengan maqam Saiyidina Hussain dan maqam Imam Syafi’i. Walaupun sebagai seorang sarjana besar, Salahuddin tidak pernah mengelirukan rakyatnya dengan melarang rakyat dari bertaklid kepada mazhab. Salahuddin tidak pernah menganggap berpegang kepada mazhab itu melemahkan rakyatnya. Ini adalah kerana Salahuddin faham bahawa imam-imam mazhab empat itu bukanlah calang-calang orang. Mereka ini adalah orang yang paling faham dengan Islam dan Sunnah bahkan merekalah yang menyatukan umat Islam. Melarang orang awam berpegang kepada mazhab adalah satu tindakan yang salah kerana ia memecahbelahkan umat. Anehnya, ramai sarjana pada masa ini berlagak seolah-olah lebih pandai dari Salahuddin dan imam mazhab berempat sehingga mengeluarkan pandangan supaya tidak perlu lagi berpegang kepada mazhab yang empat ini. Lalu bagaimana umat Islam pada masa ini hendak bersatu tetapi berani pula melaungkan azam kononnya hendak membebaskan Baitul Maqdis sedangkan apa yang dilakukan oleh Salahuddin itu langsung tidak dicontohi?

91 tahun lamanya Baitul Maqdis dikuasai oleh tentera Salib. Dengan tempoh yang agak lama, bagaimana mereka boleh tumbang melawan tentera Salahuddin? Kejayaan Salahuddin sebenarnya datang dari roh, jiwa dan hati yang suci dan ikhlas kepada Allah Taala. Umat Islam pada hari ini kononnya beriman kepada Allah swt tetapi hati dan jiwa masih terikat kepada makhluk. Umat Islam pada hari ini kononnya menegakkan Islam tetapi disisi lain masih terikat dengan hal-hal dunia. Lalu bagaimana rahmat dan pertolongan Allah swt hendak sampai kepada umat Islam pada hari ini jika hati dan jiwa tidak ditumpukan semata-mata kepada Allah swt? Salahuddin biarpun bergelar raja tidak pernah terikat dengan dunia. Ketika wafat, para menterinya membuka pintu besinya. Disangka mereka adalah wang atau harta yang boleh menguruskan jenazahnya tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati yang ada hanyalah seketul 1 dinar emas dan 47 dirham perak. Dengan wang sebanyak itu, kain kafan pun tidak mampu dibeli. Kata ulama, pada ketika wafatnya Salahuddin, agama-lah yang menguruskan jenazahnya. Salahuddin tidak pernah menghiraukan tentang duit yang ada pada dirinya. Semua wang yang ada dilaburkannya atas jalan agama. Pernah satu ketika, Salahuddin menggunakan duit sendiri untuk membeli 12, 000 ekor kuda. Beliau tidak menunggu wang dari Baitulmal.
Salahuddin dikelilingi oleh para menterinya yang bijaksana dan alim-alim belaka. Penasihat utamanya yang telah mencetuskan kejayaan Salahuddin ketika menakluk Mesir ialah Ibnu Najad yang merupakan anak murid Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Salahuddin sendiri turun berperang. Diriwayatkan beliau menyertai peperangan sebanyak 74 kali dalam tempoh 19 tahun. Peribadi Salahuddin mirip kepada Nabi Muhammad saw. Ketika Nabi Muhammad saw membuka kota Makkah, Nabi saw tidak berdendam dengan musuh-musuhnya. Nabi Muhammad saw tidak membunuh mereka bahkan membebaskan mereka. Begitu juga dengan Salahuddin. Umat Islam menguasai Baitul Maqdis ketika orang Kristian dalam keadaan hendak menyambut perayaan mereka. Ketika mereka bersedih di hari perayaan, datanglah Salahuddin meraikan mereka dengan membawa hadiah. Menggeletar orang-orang Kristian apabila Salahuddin menghampiri mereka. Kata Salahuddin, beliau datang untuk meraikan mereka kerana mereka kini adalah rakyatnya. Salahuddin langsung tidak berdendam dengan mereka. Pada masa yang sama datanglah seorang wanita berbangsa Perancis menyumpah seranah Salahuddin. Katanya, Salahuddin adalah penjenayah, penumpah darah dan pelbagai lagi cacian dilemparkan kepada tokoh besar Islam itu. Salahuddin jugalah yang menyebabkan dua saudaranya ditawan dan bapanya terbunuh. Lalu jawab Salahuddin, dua orang saudaranya itu akan beliau bebaskan manakala bapanya mati adalah disebabkan kesalahan bapanya sendiri kerana menyalakan api permusuhan. Terkejut wanita itu dengan kata-kata Salahuddin. Langsung beliau memohon maaf dan serta-merta memandang Salahuddin dengan rasa penuh hormat. Kata wanita itu kepada Salahuddin, aku akan pulang ke negara asalku Perancis untuk menceritakan segala kebaikan dan keindahan Islam.
Kesimpulannya kejayaan Salahuddin ialah kerana beliau
1. Mengukuhkan aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dengan sebenar-benarnya mengikut tokoh besar ASWJ, Abu Hassan al-Asy’ari
2. Berpegang kepada imam mazhab berempat dalam urusan fiqh
3. Memberi pengiktirafan kepada ulama tasawwuf kerana rohaniah adalah sangat penting untuk pengisian jiwa. Sebab itulah beliau memanggil anak Syeikh Abdul Qadir al-Jailani untuk membimbing rakyatnya dalam ilmu tasawwuf. Bahkan kata Syeikh, Salahuddin sendiri akan pengamal tariqat Qadiriyyah, satu tariqat yang dinisbahkan kepada wali Allah, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

No comments:
Post a Comment