* Catatan bebas ana di Surau Kemensah Height pada 11 Ogos 2009
Adalah menjadi kebiasaan bahawa penyakit bermula dari perut. Kerana itulah pepatah Arab ada menyatakan, Sesungguhnya perut itu adalah rumah penyakit. Salah satu cara yang paling mujarab untuk menyingkirkan penyakit yang berasal dari perut adalah dengan berpuasa. Bahkan puasa itu diakui sebagai penyembuh badan dari segala penyakit. Dengan berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, kita juga menjunjung perintah Allah kerana kita ini adalah hamba-Nya. Kata Syeikh, bukanlah suatu perkara yang mudah bagi orang awam untuk menunaikan ibadah puasa ini. Ramai orang diperingkat awal menunaikan ibadah ini bukan kerana ibadah tetapi atas niat untuk menjaga kesihatan, menjaga bentuk badan dan sebagainya. Tapi kata Syeikh, tidak mengapalah kerana dengan barakah berpuasa itu lama-kelamaan hati orang-orang yang berpuasa itu akan terbuka dan akhirnya mereka akan ikhlas berpuasa kerana Allah Taala. Perkara yang sama pernah berlaku kepada tokoh besar Islam seperti Imam al-Ghazali. Kisahnya begini,
Imam al-Ghazali dan adiknya dipelihara oleh seorang sufi mengikut wasiat ayahandanya. Ayahandanya turut menyediakan sedikit harta untuk digunakan oleh sufi terebut bagi menyara kedua-dua adik-beradik itu. Apabila harta tersebut telah habis, sang sufi menyarankan agar Imam al-Ghazali pergi ke sekolah kerana disana ada disediakan biasiswa dan keperluan hidup. Lalu Imam al-Ghazali pun masuk sekolah. Imam al-Ghazali masuk sekolah bukanlah kerana mahu belajar sebaliknya kerana hendak menyara kehidupannya. Imam al-Ghazali berkata, Sungguh aku menuntut ilmu bukan kerana Allah swt. Enggan aku dalam keadaan sedemikian tetapi atas barakah ilmu itu, ia menarik aku sehingga aku akhirnya berasa ikhlas untuk menuntut ilmu yakni kerana Allah swt sehinggalah aku dapat merasakan limpahan nur setiap ilmu yang aku pelajari itu.
Hikmah puasa selanjutnya ialah mengekang nafsu. Kata Imam al-Ghazali, nafsu itu penting kepada manusia. Tanpa nafsu, manusia tidak layak menjadi khalifah. Kalau tidak ada nafsu maka manusia pasti tidak mempunyai keinginan untuk memajukan diri. Nafsu tidak boleh dibuang kerana disitulah terletaknya keistimewaan manusia. Sebaliknya kekanglah nafsu dan tungganglah nafsu menuju kepada Allah swt.
Sebab itulah malaikat tidak layak menjadi khalifah kerana malaikat tidak mempunyai nafsu. Tanpa nafsu, para malaikat ini tidak diuji sebaliknya semuanya adalah soleh belaka. Kata Syeikh, tidak sempurna iman seseorang melainkan nafsu itu mengikut syari’at yang dibawa oleh Rasulullah saw. Selagi nafsu tidak mengikut syari’at maka selagi itulah seseorang itu dikatakan tidak beriman kepada Allah swt. Kata ahli tarbiyyah, Sesungguhnya mengekang nafsu yang satu itu lebih sukar daripada memerangi 70 ekor syaitan. Seseorang itu apabila berjaya mengekang nafsu maka dirinya tidak mudah dipengaruhi syaitan. Syaitan tidak akan mendekati orang yang berhasil mengekang nafsu. Kata Syeikh, zikir semata-mata tidak mampu mengekang nafsu. Sebab itulah ulama tasawwuf menekankan mujahadah dalam usaha mengekang nafsu. Hanya dengan mujahadah dan disertai dengan zikir barulah nafsu dapat dikekang sepenuhnya.
Sambung Syeikh lagi, dalam Islam sebenarnya tidak ada istilah ‘kempunan’. Diriwayatkan Imam Nawawi ra pada akhir hayatnya ketika sedang nazak, berhajat hendak memakan sebiji epal. Lalu ahli keluarga dan anak muridnya lantas mencari buah epal yang terbaik untuk diberikan kepada Imam Nawawi bagi memenuhi permintaannya yang terakhir itu. Sebaik diberi kepada Imam Nawawi, beliau hanya mencium sahaja. Lalu selepas menciumnya, beliau kembali ke rahmatullah. Pada satu hari, ada seorang ulama bermimpi bertemu Imam Nawawi. Ditanya olehnya kepada Imam Nawawi, apa yang dikurniakan oleh Allah swt kepada engkau disaat kematianmu? Jawab Imam Nawawi, Allah swt mengurniakan aku epal dari syurga. Tatkala aku diberikan aku epal dunia disaat kematianku maka aku bermujahadah mengekang nafsuku. Jika aku tidak berjaya mengawalnya tadi maka nescaya aku tidak akan mendapat nikmat syurga Allah swt.
Akal berbeza dengan nafsu. Ketika Allah mencipta akal, Allah memanggil akal mengadap-Nya. Setiap perintah Allah swt maka akal pasti menurutinya. Apabila Allah memerintah akal berpaling, maka akal akan berpaling dan begitulah seterusnya. Sebab itulah kata Syeikh, selagi mana kita memandu akal maka selagi itulah kita akan berada di landasan yang benar. Ini berbeza dengan nafsu yang sentiasa mengingkari perintah Allah swt. Nafsu sentiasa engkar lalu dipenjarakan didalam neraka. Apabila nafsu dikeluarkan dari neraka, Allah swt akan bertanya, Siapa Aku? Nafsu tidak memberi jawapan yang dikehendaki sebaliknya mengingkari perintah Allah swt. Nafsu kemudiannya dimasukkan kedalam neraka yang lain pula[1] dan setiap kali nafsu dikeluarkan dari neraka dan ditanya oleh Allah swt, tidak pernah sekalipun nafsu mengikut perintah Allah. Sehinggalah nafsu dimasukkan kedalam neraka lapar. Selepas dikeluarkan dari neraka lapar lalu Allah swt bertanya, Siapa Aku? Dan pada ketika itulah nafsu memberi jawapan yang dikehendaki iaitu Engkau adalah Tuhanku. Sebab itulah satu-satunya cara untuk mengekang nafsu ialah dengan berlapar yakni berpuasa.

[1] Kata Syeikh bermacam-macam jenis neraka, ada yang sejuk, ada yang panas dan sebagainya
No comments:
Post a Comment