Ijtimak Malaysia - Bayan Subuh Maulana Saad - 10/07/09
* Teks ini telah diusahakan oleh saudara Kamarul Arifin Zainal Abidin (sahabat ana). Teks disalin semula dari rakaman yang telah dibuat (juga dilakukan oleh saudara Kamarul Arifin Zainal Abidin) pada hari Maulana Saad memberi bayan.
Hendaklah kita semua dengar dengan penuh tawajjuh, dengan penuh rasa kebesaran, dengan penuh rasa keagungan, dengan penuh tumpuan kerana kita berkumpul disini bukan sebagai satu adat. Kita berkumpul untuk dengar satu perkara yang sangat penting. Kita berkumpul untuk dengar tentang usaha yang telah dibuat oleh nabi-nabi dan Nabi Muhammad s.a.w, ianya adalah maksud kedatangan nabi-nabi dan maksud kedatangan Nabi s.a.w. Usaha ini merupakan usaha nabi-nabi. Bila dengar dengan penuh tumpuan dan tawajjuh barulah Allah s.w.t akan bagi faham. Kalau berlaku apa-apa kekurangan dalam tawajjuh kita, maka kesannya adalah akan berlaku kekurangan dalam agama. Kekurangan dalam memberi tumpuan pada perkataan-perkataan dakwah, akan memberi kesan pada agama. Kita kena yakin. Kalau tidak yakin dengan dakwah agama akan terbina dalam diri, maka kita tidak akan dapat menyempurnakan tuntutan-tuntutan dan takazah-takazah usaha dakwah ini. Selepas dengar dengan penuh tumpuan, kita kena buat 2 perkara. Pertama, kita dakwahkan apa yang kita telah dengar, sampaikan pada orang lain. Kedua, dakwah apa yang kita dengar dengan amalan kita (secara amali). Kita tunjukkan pada manusia apa itu agama dari segi amalan.
Dalam Quran Allah berfirman, ‘siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang buat dakwah, mengajak manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh’. Dalam ayat ini Allah s.w.t terangkan bahawa jalan atau cara yang paling berkesan untuk seseorang itu hampir pada Allah s.w.t ialah melalui 2 perkara iaitu dakwah illallah dan amal soleh. Satu orang yang mengajak manusia kepada Allah s.w.t dan pada masa yang sama melakukan amal-amal soleh dalam kehidupan, inilah jalan yang paling berkesan, yang paling pasti untuk seseorang itu hampir dan dekat pada Allah s.w.t.
Dengan meninggalkan dakwah, seseorang itu tidak dapat istiqamah dalam amal. Mana-mana kaum yang meninggalkan dakwah, maka dengan mudah fikir dia, agama dia, pegangan dia akan ditinggalkan. Satu orang yang tinggalkan dakwah, dia akan mudah terkesan dengan perkara-perkara lain. Dia dengan mudah akan meninggalkan agama. Akan tetapi satu orang yang buat dakwah, menyeru manusia pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan bagi istiqamah dalam amalan agama. Perkara ini kita kena faham dan kena yakin. Tanpa melakukan dakwah, susah untuk seseorang itu untuk istiqamah dalam amal agama. Satu orang yang ada 2 perkara ini iaitu dakwah dan amal soleh, Allah s.w.t akan himpunkan dalam diri dia kekuatan untuk amalkan agama dan berpegang teguh pada agama dan dapat amalkan agama secara amali dalam kehidupan.
Satu orang sahabat, Abdullah bin Huzaifah, telah pergi ke Rom. Raja nasrani telah tawarkan pada dia bahawa kalau kamu tinggalkan Islam, tinggalkan Muhammad, kamu akan dapat separuh dari kerajaan Rom. Abdullah bin Huzaifah kata, bukan setakat separuh kerajaan, kalau bagi seluruh kerajaan Arab dan Rom pun, saya tidak sedia untuk tinggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w walaupun sekelip mata. Kekuatan ini datang bila seseorang itu buat dakwah, menyeru manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh. Oleh itu, khusus pada rakan-rakan seusaha dan seluruh umat Islam umumnya, kita kena ada keyakinan bahawa dengan kerja dakwah, Allah s.w.t akan sempurnakan agama, Allah s.w.t akan wujudkan kekuatan dalam diri kita untuk amalkan agama dalam kehidupan dan dapat berpegang teguh dengan agama.
Kesan khas dari dakwah ialah untuk bentuk iman. Bila seseorang itu melakukan dakwah, menceritakan kebesaran Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan bina iman. Inilah satu-satunya jalan untuk bina iman yang betul disisi Allah s.w.t. Sahabat-sahabat r.a selalu memperbaharui iman mereka. Orang beriman diperintahkan supaya beriman. Dengan perantaraan dakwah, adalah satu-satunya cara untuk bentuk iman dalam diri seseorang. Maulana Yusuf rah. kata apa sahaja perkara yang hendak diwujudkan dalam diri kita, kita datangkan perkara tersebut dengan tabligh. Apa sifat tabligh? Cara untuk menyampaikan maklumat ada banyak kaedah tetapi yang di maksudkan dengan tabligh ialah usaha yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w atas sahabat-sahabat. Cara atau usaha yang mana Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat-sahabat. Cara usaha tersebutlah yang kita kena wujudkan. Bila umat lakukan tabligh/menyampaikan dengan cara bagaimana Nabi s.a.w telah sediakan sahabat-sahabat, barulah dalam diri kita akan terbinanya iman. Bukan semata-mata sampaikan, bahkan cara menyampaikan adalah mengikut cara bagaimana sahabat-sahabat telah usaha atas iman mereka, maka barulah iman/yakin kita pada Allah s.w.t akan terbentuk. Perkara yang diberi penekanan oleh Nabi s.a.w dalam usaha dakwah ialah usaha atas yakin, ubah yakin dengan menceritakan kalimah lailahaillallah, cerita tentang kebesaran Allah s.w.t, sifat-sifat Allah s.w.t, ketauhidan Allah s.w.t, inilah dakwah yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat r.a.
Sahabat-sahabat seperti Abdullah bin Rahawa r.a, Muaz bin Jabal r.a, mereka pegang tangan sahabat-sahabat yang lain, duduk bersama dan menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t, kehebatan Allah s.w.t, keagungan Allah s.w.t. Perkara yang penting dalam dakwah ialah menceritakan sifat-sifat Allah s.w.t. Zikir kalimah lailahaillahllah memang ada kepentingannya, memang ada kelebihannya secara infradi, akan tetapi amat penting juga untuk seseorang itu bercakap tentang mahfum kalimah lailahaillahllah. Hari ini kita cuma luangkan sedikit masa untuk berzikir kalimah lailahaillallah tetapi kita punya percakapan dari pagi hingga malam adalah selain daripada Allah s.w.t. Usaha untuk bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t telah hilang daripada umat, secara umumnya telah tiada dalam umat ini. Dimana-mana kita pergi hatta di dalam masjid-masjid pun tidak ada majlis yang bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t, tentang perkara-perkara yang ghaib, tentang kehidupan akhirat, perkara ini telah hilang daripada umat.
Oleh itu, usaha kita hari ini sangat penting untuk bawa percakapan lailahaillallah ini, tentang mahfum kalimah lailahaillallah ini dalam percakapan harian kita. Kita lapangkan masa kita dari kesibukan dunia dan pergi jumpa manusia, cakap tentang Allah s.w.t, cakap tentang keagungan Allah s.w.t, cakap tentang kehebatan Allah s.w.t supaya Allah s.w.t keluarkan daripada hati kita keyakinan selain daripada Allah s.w.t, supaya hati kita tidak terkesan dengan segala benda yang ada di dunia ini, tidak terkesan dengan segala makhluk ciptaan Allah s.w.t, tidak terkesan dengan segala kebendaan-kebendaan. Dalam hati kita hanya ada yakin pada Allah s.w.t semata-mata.
Hari ini keyakinan kita pada ghairullah, keyakinan kita pada selain dari Allah s.w.t. Bila dalam hati ada keyakinan pada makhluk, maka kita akan jadi pengikut pada perkara tersebut. Agama telah keluar dari kehidupan umat bukan kerana kejahilan. Ilmu tentang agama ada, tetapi yakin tidak pada Allah s.w.t, yakin pada ghairullah menyebabkan walaupun dia ada ilmu tentang agama tetapi tidak dapat taat pada Allah s.w.t, tidak dapat amal agama dalam kehidupan.
Dakwah adalah untuk bina iman. Dakwah adalah untuk sempurnakan sifat ketaatan dalam diri kita. Sejauh mana iman yakin terbina dalam diri, sejauh itulah sifat taat akan datang dalam kehidupan. Maulana tekankan perkara ini supaya usaha atas iman, iaitu lapangkan masa, sediakan setiap orang Islam supaya mereka dapat bagi masa setiap hari untuk pergi jumpa manusia untuk bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t, bercakap tentang keagungan Allah s.w.t, bercakap tentang kehebatan Allah s.w.t. Hari ini kita faham dakwah iman hanya untuk orang yang tidak beriman. Saya sudah beriman, saya sudah Islam, mengapa saya kena buat usaha atas iman? Ini salah faham. Allah s.w.t berfirman dalam Quran, ‘ya ai yu hal lazi na amanu aminu’. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu beriman.
Orang-orang yang beriman telah diperintah oleh Allah s.w.t untuk memperbaharui iman. Sahabat-sahabat mempunyai iman macam gunung tetapi Nabi s.a.w telah perintah sahabat untuk perbaharui iman dengan percakapan mahfum kalimah lailahaillallah. Usaha atas iman adalah keperluan/hajat setiap orang Islam. Setiap orang Islam perlu usaha atas iman untuk bina dalam diri keyakinan pada Allah s.w.t dan untuk datangkan dalam diri sifat ketaatan pada perintah-perintah Allah s.w.t. Tanpa usaha atas iman, tanpa bercakap tentang kebesaran Allah, iman tidak akan terbina, bila iman tidak terbina, maka keyakinan hanya pada ghairullah, maka sifat taat pada Allah tidak akan datang.
Kita buat dakwah bukan untuk orang lain tetapi kita buat dakwah untuk keperluan diri kita sendiri. Kita cerita dalam percakapan tentang kehebatan Allah, kekuasaan Allah, yang berkuasa hanya Allah. Walau semua nabi dan rasul berkumpul untuk bagi hidayat pada satu orang tetapi jika Allah s.w.t tak nak bagi, maka orang itu tidak akan dapat hidayat. Walaupun nabi dan rasul dihantar sebagai asbab hidayat, sebagai perantaraan hidayat, tetapi nabi/rasul tidak boleh bagi hidayat, hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh bagi hidayat.
Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai ashabul kahfi. Nabi s.a.w telah kata bahawa beliau akan bagi jawapan esok. Selama 15 hari wahyu tidak turun. Allah s.w.t tegur Nabi s.a.w kerana tidak cakap ‘insya’Allah’ iaitu jika dikehendaki oleh Allah s.w.t. Nabi s.a.w pun tidak ada kemampuan dengan apa yang hendak disampaikan, semuanya datang daripada Allah s.w.t. Beberapa perkara yang kita kena tekankan dalam dakwah kita, dalam percakapan, dalam usaha kita untuk meningkatkan iman. Pertama, kita kena banyak cakap tentang kebesaran Allah s.w.t, tentang kehebatan Allah s.w.t, tentang kudrat Allah s.w.t. Maulana Ilyas rah. kata, kalau hendak bagi nama pada usaha ini, ianya ialah pergerakan usaha atas iman. Maksud daripada usaha kita adalah untuk bina iman, untuk tingkatkan iman pada Allah s.w.t.
Pertama, kita cerita tentang kehebatan, kekuasaan Allah s.w.t. Kedua, kita kena ceritakan tentang nusrah/bantuan ghaib Allah s.w.t atas nabi-nabi dan rasul-rasul. Allah s.w.t telah ceritakan dalam Quran tentang kisah nabi-nabi terdahulu. Allah s.w.t berfirman, ‘Kami ceritakan pada kamu wahai Muhammad, semua kisah-kisah nabi dan rasul kepada kamu untuk mantapkan hati kamu’. Dalam Quran, Allah s.w.t perintah Nabi s.a.w, ceritakanlah, terangkanlah tentang kisah nabi ini, tentang kisah rasul itu. Walaupun yakin Nabi s.a.w telah sempurna pada Allah s.w.t, masih Allah s.w.t perintahkan pada Nabi s.a.w untuk ceritakan nusrah/bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi-nabi dan rasul-rasul.
Bagaimana Allah s.w.t telah bantu Ibrahim a.s daripada Namrud, bagaimana Allah s.w.t bantu Musa a.s daripada Firaun. Dengan cerita-cerita ini akan memantapkan iman kita pada Allah s.w.t. Dengan cerita-cerita ini kita akan nampak bagaimana bantuan Allah s.w.t datang, apakah asbab, apakah perantaraan untuk satu orang itu dapat bantuan/nusrah Allah s.w.t. Tetapi hari ini kita cerita kisah rasul dan nabi-nabi sebagai satu sejarah sahaja seolah-olah ianya telah berlaku dan tidak akan berlaku lagi selepas ini. Kita rasa bantuan ghaib Allah s.w.t tidak akan berlaku lagi selepas ini. Sedangkan ketetapan Allah s.w.t ialah bagaimana rasul-rasul dan nabi-nabi mendapat bantuan ghaib Allah s.w.t, maka semua orang beriman boleh juga mendapat bantuan ghaib Allah s.w.t. Cara untuk mendapat bantuan ghaib Allah s.w.t ialah bukan dengan perantaraan asbab, bukan dengan perantaraan kebendaan. Cara untuk mendapat bantuan ghaib Allah s.w.t ialah dengan perantaraan amal.
Ketetapan Allah s.w.t bukan dengan asbab zahiriah, turunnya hujan dari langit, keluarnya tumbuhan dari bumi, keluarnya susu dari binatang, ini bukan ketetapan Allah s.w.t. Kalau kita jadikan ini sebagai asbab, sebagai perantaraan, maka kita telah wujudkan antara kita dengan Allah s.w.t, ada makhluk. Bukan dengan asbab untuk kita ambil faedah daripada Allah s.w.t. Ketetapan Allah s.w.t adalah agama Allah. Agama yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul, itulah sebenarnya ketetapan Allah s.w.t. Itulah perantaraan untuk manusia ambil faedah daripada kudrat Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu ceritakan, bayankan, terangkan lagi dan lagi tentang kisah nabi-nabi dan rasul-rasul supaya keyakinan terbentuk dalam hati kita.
Hari ini, kita orang Islam, keyakinan kita pada kebendaan. Untuk ubah yakin ini, kita kena dakwah perkara ini supaya keyakinan semua orang Islam dapat dialihkan daripada keyakinan pada kebendaan kepada keyakinan pada Allah s.w.t.
Perkara ketiga yang perlu diceritakan dalam dakwah kita ialah tanda-tanda, alamat-alamat orang beriman pada Allah s.w.t. Nabi s.a.w bersabda, ‘ apabila kamu buat amal baik kamu akan rasa gembira, bila buat maksiat kamu akan rasa sedih, maka kamu adalah orang yang beriman pada Allah s.w.t’. Ini alamat iman. Ini tanda iman.
Perkara keempat yang perlu diceritakan ialah bantuan ghaib Allah s.w.t, nusrah ghaib Allah s.w.t pada sahabat r.hum. Bagaimana Allah s.w.t bantu mereka. Perkara ini kita kena cerita dalam dakwah kita supaya keyakinan tentang perkara ini datang dalam hati kita. Perantaraan untuk dapat bantuan Allah s.w.t, untuk ambil faedah daripada kudrat Allah s.w.t adalah dengan perantaraan amal. Umat ini perlu usaha atas amal-amal yang sama yang telah sahabat buat untuk dapat bantuan daripada Allah s.w.t.
Bila seseorang itu cerita tentang iman, cerita tentang alamat-alamat iman, maka akan datang dalam diri dia kepentingan iman. Satu orang yang tidak dakwah tentang iman, maka dia akan rasa iman dalam diri dia sudah cukup, sudah sempurna. Bila cerita tentang iman dan alamat-alamat iman satu orang itu dapat menilai iman dia dan dia akan dapati iman dia masih lemah dan dia perlu usaha atas iman. Natijah daripada usaha atas iman maka akan datang sifat taqwa dalam diri. Dalam Quran Allah panggil kalimah iman, lailahaillallah, juga sebagai kalimah taqwa. Segala tuntutan-tuntutan kalimah, semuanya berkaitan dengan orang beriman. Hari ini, kita anggap usaha atas iman untuk orang yang tidak beriman. Kita yang sudah ada iman tidak perlu usaha atas iman sedangkan orang yang berhak atas iman ialah orang-orang yang beriman itu sendiri. Selepas kita mengucap kalimah, segala tuntutan kalimah adalah diatas orang yang beriman, apa yang perlu dibuat, apa yang perlu ditinggalkan, muamalat, muasyarat, segalanya untuk orang yang beriman.
Orang beriman kena usaha atas iman sehingga datang dalam diri sifat taqwa, kekuatan untuk menyempurnakan segala perintah-perintah Allah s.w.t, meninggalkan segala larangan-larangan Allah s.w.t. Di zaman sahabat, sebagaimana usaha dijalankan supaya orang tidak beriman dapat beriman pada Allah s.w.t, lebih banyak usaha dijalankan supaya orang beriman dapat kekal dalam iman, dapat berterusan tunaikan tuntutan iman, perkara ini lebih banyak dibuat oleh Nabi s.a.w ke atas sahabat-sahabat r.hum. Bukan maknanya satu orang yang sudah ucap kalimah, tidak perlu usaha atas iman, bahkan dia kena usaha atas iman hingga dia dapat menyempurnakan segala perintah-perintah Allah s.w.t. Kita kena usaha atas iman kita sebegitu rupa sehingga datang dalam diri kita sifat taqwa.
Bila ada sifat taqwa, maka diri tidak dapat terima benda-benda yang haram. Contoh, kereta yang guna petrol tetapi telah dimasukkan diesel menyebabkan kereta itu tidak boleh bergerak. Begitu juga bila masuk benda yang haram dalam badan, bagaimana boleh kita bergerak untuk capai syurga Allah s.w.t. Perkara pertama, kena bawa muamalat mengikut hukum Allah s.w.t. Selagi mana muamalat tidak betul, ibadat tidak akan betul, ibadat tidak berguna, agama tidak berguna. Siapa yang dirikan solat telah dirikan agama, siapa yang tinggalkan solat dia telah runtuhkan agama. Agama sempurna bila ibadat sempurna. Ibadat sempurna bila muamalat sempurna. Bila dalam badan ada benda yang haram, ibadat kita tidak berguna. Sebagaimana pentingnya wuduk, tanpa wuduk solat tidak sempurna, ibadat tidak diterima oleh Allah s.w.t, begitu juga bila muamalat kita tidak sempurna, pendapatan dari sumber yang haram, maka ibadat tidak diterima oleh Allah s.w.t. Orang yang taqwa pada Allah s.w.t, dia tidak ambil benda yang haram seperti Abu Bakar sidiq r.a, satu orang telah bagi dia sesuap makanan, beliau telah makan dan kemudian tanya, ‘dari mana kamu dapat makanan ini?’ Orang itu jawab, ‘hasil dari kerja dahulu, sebagai tilik nasib’. Bila Abu Bakar r.a tahu ia adalah dari sumber yang haram, maka dia telah berusaha untuk keluarkan semula makanan yang telah dimakan. Beliau minum air banyak-banyak dan muntahkan sehingga makanan yang haram yang sudah masuk ke dalam perut dapat dikeluarkan balik. Tanda satu orang yang ada sifat taqwa pada Allah s.w.t, badannya tidak akan terima benda-benda yang haram. Makanan yang kita makan akan beri kesan pada fikir kita. Kalau makanan itu rosak, fikir akan rosak. Kalau kotor, fikir akan kotor. Kalau makanan itu suci, fikir pun suci.
Oleh itu sangat-sangat penting untuk kita betulkan kita punya muamalat. Bawa perintah-perintah Allah s.w.t dalam muamalat kita, kesucian (toharah) dalam pendapatan kita. Selagi pendapatan kita tidak bersih, selagi makan/minum tidak bersih, selagi itulah ibadat kita tidak sempurna. Selagi ibadat tidak sempurna, selagi itulah agama tidak sempurna. Oleh itu, kita kena usah atas iman. Kita wujudkan dalam diri kita sifat taqwa pada Allah s.w.t. Dengan sifat taqwa, dapat meninggalkan segala yang diharamkan oleh Allah s.w.t. Kita kena betulkan muamalat supaya datang kesempurnaan dalam ibadat, kesempurnaan dalam agama.
Pertama, kita kena ada yakin dalam amal. Dengan amal, Allah s.w.t akan bina kehidupan kita. Selagi mana yakin pada amal tidak datang pada diri kita, selagi itulah kita tidak dapat bawa perintah-perintah Allah s.w.t, tidak dapat bawa hukum-hukum Allah s.w.t dalam ibadat kita. Selagi ibadat tidak sempurna, selagi itulah agama tidak sempurna. Oleh itu, perkara yang penting, dakwah kepada amal bertentangan dengan asbab. Dalam asbab tidak ada janji Allah s.w.t. Kudrat Allah s.w.t, janji Allah s.w.t adalah bersama dengan amal. Perkara ini kena didakwahkan lagi dan lagi sehingga terbentuk dalam hati kita keyakinan bahawa bantuan Allah s.w.t, janji Allah s.w.t adalah dalam amal, bukan dalam asbab. Hari ini, kita tidak dakwahkan perkara ini, maka keyakinan kita pada asbab, pada kedai, pada pejabat, pada ladang. Kita rasa perkara-perkara ini boleh selesaikan masalah kita. Bila satu orang yakin pada asbab, maka dia akan usaha atas asbab, dia akan kedepankan asbab. Dia akan kata, ‘saya telah usaha, bagilah rezeki’. Bila yakin pada asbab, usaha atas asbab dan doa menggunakan perantaraan asbab. Ini tidak betul. Yang Allah s.w.t ajar, bukan doa dengan asbab, tetapi Allah s.w.t himpunkan doa dengan ibadat, iyakanakbudu waiyakanastain, kepada Engkau kami sembah (ibadat) dan kepada Engkau kami minta pertolongan. Doa tidak ada hubungan dengan asbab. Doa ada hubungan dengan ibadat sahaja. Kedepankan amal, kemudian doa pada Allah s.w.t. Menjadikan asbab, benda-benda dunia sebagai perantaraan, orang bukan Islam pun buat. Orang Islam dapat faedah daripada khazanah Allah s.w.t adalah dengan perantaraan amal.
Perkara ini perlu didakwahkan lagi dan lagi supaya yakin kita beralih dari keyakinan pada kebendaan, asbab, pejabat, kilang, kedai kepada amal Nabi s.a.w.Bila yakin pada asbab, kita akan bagi tumpuan pada asbab. Bila bertembung amal dan asbab, maka kita akan dahulukan asbab. Kalau satu orang yang yakin dia betul, bila ada pertembungan amal dan asbab, maka dia akan ketepikan asbab, dia utamakan amal. Semua asbab kebendaan bukan perantaraan untuk kita dapat daripada khazanah Allah s.w.t. Untuk dapat daripada Allah s.w.t, adalah dengan perantaraan amal. Perkara ini kena cakap lagi dan lagi supaya keyakinan datang dalam hati. Bukan maksudnya kita tinggalkan asbab, bukan maksudnya kita tinggalkan perniagaan,tinggalkan pekerjaan, masa perlu dibahagi-bahagikan, ada masa di pejabat, di ladang, di kedai, tetapi yakin kita hanya pada amal.
Sebagaimana sahabat, mereka juga berniaga, buat macam-macam pekerjaan, akan tetapi mereka tidak ada keyakinan pada asbab. Bila datang pertembungan hukum Allah s.w.t dengan asbab maka mereka dengan mudah tinggalkan asbab. Asbab tidak dapat beri apa-apa, segala-galanya adalah amal. Hari ini kita faham, lagi banyak kita bekerja, lagi banyak rezeki kita akan dapat sedangkan rezeki telah dibahagi-bahagikan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t telah tetapkan pada setiap orang cuma samada dia dapat rezeki dengan cara yang halal atau dengan cara yang haram. Satu orang yang dapat rezeki dengan cara yang haram, di dunia ini dia akan dapat habuan tetapi di akhirat tidak dapat apa-apa. Satu orang yang dapat rezeki dengan cara yang halal, di dunia dapat habuan, di akhirat pun dapat ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Kejayaan dalam amal. Kejayaan dalam mentaati perintah Allah s.w.t. Nabi s.a.w telah ajar umat ini untuk dahulukan amal daripada asbab. Satu orang sahabat minta izin dengan Nabi s.a.w untuk pergi berniaga, Nabi s.a.w kata kamu pergi sembahyang 2 rakaat, lepas itu baru pergi berniaga. Nabi s.a.w tidak halang dia pergi berniaga. Langkah pertama ialah yakin dengan amal, yakin pada Allah s.w.t. Jika langkah pertama ialah tawajjuh pada asbab, maka keyakinan kita pada asbab. Kejayaan dalam amal, bukan dalam asbab.
Setiap amalan yang kita buat, ibadat, muamalat, muasyarat, apa sahaja hukum Allah s.w.t yang kita hendak buat, hendaklah kita sempurnakan amal tadi dengan ilmu iaitu cara yang dibawa Nabi s.a.w, mengikut kehendak Allah s.w.t. Untuk kita dapat sempurnakan amalan kita dengan ilmu, pertama kena ada keyakinan dengan ilmu Allah s.w.t. Ilmu daripada Allah s.w.t ini ialah bahawa kita akan dapat kejayaan, kita akan dapat kebahagiaan dengan perantaraan ilmu. Hari ini, sebab utama kejahilan yang berlaku pada umat, umat tidak yakin dengan ilmu yang datang daripada Allah s.w.t. Umat tidak yakin dengan ilmu agama. Umat ini rasa dengan ilmu agama dia tidak akan dapat hidup dengan sempurna tetapi dia yakin dengan kemahiran-kemahiran dunia, dia akan berjaya dalam kehidupan. Umat tidak yakin dengan ilmu agama akan dapat kejayaan dalam kehidupan. Ini sebab utama umat ini telah tinggalkan ilmu. Kejahilan telah tersebar dalam umat.
Ilmu sangat-sangat penting dalam agama sebagaimana pentingnya iman, pentingnya solat. Begitulah pentingnya ilmu agama. Hari ini kita tidak rasa kepentingan ilmu, kita tidak ada keyakinan bahawa dengan ilmu agama kita akan dapat kejayaan, kebahagiaan dalam kehidupan kita. Hari ini kita yakin dengan ilmu keduniaan akan beri kita kebahagiaan, ketenangan dalam hidup kita. Salah faham umat ini ialah kita anggap semua pengetahuan sebagai satu ilmu. Kita anggap kemahiran kedoktoran sebagai satu ilmu, kemahiran dalam engineering sebagai satu ilmu. Kita anggap semua ini sebagai satu ilmu sedangkan pada hakikatnya ilmu yang dianggap ilmu pada Allah s.w.t ialah yang mana satu orang dapat kenal Allah s.w.t dan dapat tahu apa kehendak Allah s.w.t. Inilah ilmu yang sebenarnya. Ilmu yang boleh kita guna dalam kubur. Bila malaikat tanya 3 perkara, kenal Allah?, kenal agama?, kenal Rasulullah s.a.w? Ilmu tentang 3 pekara ini, tentang sifat-sifat Allah s.w.t, pengetahuan tentang agama, pengetahuan tentang Rasulullah s.a.w, inilah ilmu yang sebenarnya, yang lain semua yang kita anggap ilmu, bukan ilmu. Ianya satu kemahiran sahaja, orang bukan Islam pun ada kemahiran tersebut. Ilmu bukan fardu kifayah. Ilmu adalah fardu ain atas setiap orang Islam. Setiap orang Islam kena kenal Allah s.w.t, setiap orang Islam kena tahu tentang agama, tentang perintah-perintah Allah s.w.t, setiap orang Islam kena tahu sunnah Nabi s.a.w. Inilah ilmu yang sebenar.
Hari ini kita berbangga dengan pengetahuan keduniaan, kita berbangga dengan kemahiran-kemahiran dunia yang kita ada. Kita tidak bagi tumpuan pada ilmu-ilmu agama. Kita berbangga dengan ilmu kedoktoran yang kita ada, ilmu perdagangan, ilmu perniagaan, kita berbangga-bangga dengan kemahiran tersebut. Berbangga dengan kemahiran dunia adalah sifat orang bukan Islam. Dalam Quran diberitahu, ‘nabi-nabi datang bawa ilmu daripada Allah s.w.t, tetapi mereka bangga dengan pengetahuan dunia yang mereka ada, mereka memperlekeh-lekeh ilmu yang dibawa oleh nabi-nabi, maka mereka telah dibinasakan oleh Allah s.w.t.’
Perkara ini perlu dijelaskan, kena faham betul-betul. Ilmu yang sebenarnya adalah ilmu kenal Allah s.w.t, ilmu tentang sifat-sifat Allah s.w.t, ilmu tentang perintah-perintah Allah s.w.t. Bagaimana setiap ketika dan keadaan, apa yang Allah s.w.t hendak dari kita, apa perintah Allah s.w.t sekarang ini. Ini adalah fardu ain. Setiap orang Islam kena tahu apa perintah Allah s.w.t dan bagaimana hendak tunaikan perintah tersebut cara Nabi s.a.w. Kita kena ada yakin, untuk dapatkan yakin tentang ilmu, kita kena dakwahkan ilmu tersebut. Kita kena ceritakan tentang pentingnya, hebatnya ilmu agama Allah s.w.t supaya dalam hati kita rasa kebesaran ilmu agama.
Saidina Umar r.a, satu orang yang telah sempurna ilmunya, satu orang yang alim, dia faham tentang sunnah-sunnah nabi, dia ada pengetahuan yang sempurna tentang agama Allah s.w.t. Satu masa, dia hendak tahu mengenai kitab Taurat, ilmu Allah s.w.t yang telah diturunkan pada Musa a.s. Nabi s.a.w begitu marah sekali. Berubah air muka Nabi s.a.w. Sedangkan Umar r.a adalah satu orang yang ada sifat, kalau ada nabi selepas Muhammad, maka Umarlah yang akan jadi nabi. Orang yang macam ini pun, dia ingin tahu ilmu selain daripada ilmu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w, sedangkan ilmu itu juga datangnya dari Allah s.w.t tetapi pada Musa a.s. Nabi s.a.w pergi ke mimbar. Sahabat-sahabat bawa pedang dengan marah kerana ada orang telah sakitkan hati nabi. Siapa yang telah menyebabkan Nabi s.a.w marah. Marah Nabi s.a.w disebabkan oleh Umar r.a satu orang sahaja kerana dia telah baca kitab Taurat. Nabi s.a.w tanya Umar r.a, ‘adakah agama yang aku bawa ini belum cukup lagi untuk kamu?, kalau Musa a.s hidup zaman sekarang ini, dia tidak akan berjaya melainkan dia amalkan agama yang aku bawa.’ Kita tidak dapat bayangkan bagaimana murkanya Nabi s.a.w pada umat ini yang tidak tahu, tidak ada ilmu tentang agama, tentang kitab Allah, tentang sunnah Nabi s.a.w.
Orang alim adalah satu orang yang banyak ilmu pengetahuan, orang yang simpan banyak maklumat. Dalam diri ada taqwa pada Allah s.w.t. Dalam hati takut pada Allah s.w.t. Dialah orang alim yang sebenarnya. Nabi s.a.w terangkan tentang dua jenis ilmu. Satu, ilmu yang ada dalam hati manusia, ilmu yang bagi menafaat. Satu lagi ilmu atas lidah sahaja, maklumat hanya atas lidah sahaja. Satu orang yang ada perasaan taqwa, takut pada Allah s.w.t, inilah orang yang sudah dapat ilmu yang menafaat dalam diri dia. Allah s.w.t bagitahu bahawa alim ulamak adalah orang yang takut pada Allah s.w.t, dalam hati ada sifat taqwa. Perkara ini kita kena usahakan, untuk dapat ilmu yang ada sifat taqwa, sifat takut pada Allah s.w.t.
Nabi s.a.w telah gerakkan sahabat-sahabat bertebaran ke setiap tempat dengan ilmu umpama awan yang turunkan hujan, akan pergi ke setiap tanah untuk turunkan hujan. Ada 3 keadaan tanah. Tanah yang dapat menakung air, orang ramai, binatang akan dapat menafaat dari air tersebut. Tanah yang serap air, akan keluar tumbuhan dan pokok-pokok. Tanah yang serap pun tidak dan takung pun tidak, air lalu sahaja diatasnya. Awan telah pergi ke semua tempat tidak kira samada tanah terima air atau tidak, begitulah sifat ulamak, satu orang yang ada ilmu, dia kena pergi pada setiap manusia dan sampaikan ilmu, bukan tunggu orang datang pada dia. Sebagaimana awan pergi ke tanah, tanah tidak datang pada awan. Awan bergerak ke tanah dan turunkan hujan pada tanah tersebut, pada semua jenis tanah tanpa memilih tanah. Ada manusia yang terima ilmu tersebut dan simpan, dapat faedah daripada ilmu tersebut. Ada manusia tidak simpan ilmu tersebut tetapi dapat amal dengan ilmu tersebut. Ada manusia yang tidak ada talab/keinginan pada ilmu agama, dia tidak terima ilmu tersebut. 3 jenis tanah. 3 golongan manusia.
Ulamak bukan hanya sampaikan ilmu pada orang yang ingin terima ilmu, bahkan ulamak juga kena sampaikan ilmu pada orang yang tidak ada kemahuan pada ilmu. Ini adalah sifat ulamak. Dia kena bergerak sepertimana Rasulullah s.a.w telah gerakkan sahabat-sahabat keluar dijalan Allah s.w.t. Seorang sahabat, Muaz bin Jabal r.a, seorang mufti yang paling besar dalam umat ini, Nabi s.a.w telah iktiraf dia adalah orang yang paling tahu mengenai halal dan haram. Dia juga telah keluar di jalan Allah s.w.t. Saidina Umar r.a telah minta amirul mukminin Abu Bakar r.a, jangan biarkan Muaz keluar di jalan Allah s.w.t. Nabi s.a.w tidak ada, boleh kita tanya mengenai fatwa, hukum-hakam agama. Kita boleh rujuk pada dia. Abu Bakar r.a kata, aku tidak boleh halang satu orang yang hendak bagi nyawa untuk agama Allah s.w.t. Muaz bin Jabal r.a telah keluar dijalan Allah s.w.t walaupun dia seorang mufti yang paling besar dikalangan sahabat.
Dalam satu majlis, Rasullullah s.a.w telah bersabda, hendaklah alim ulamak ajar ilmu, sampaikan ilmu pada orang yang jahil. Kalau tidak aku akan jatuhkan hukuman yang keras di atas dunia ini lagi. Bila sahabat dengar perkara tersebut mereka jadi takut dan tertanya-tanya siapakah yang Rasulullah s.a.w maksudkan. Satu kabilah Arab. Assyariin, telah kata, kami telah ajar ilmu tetapi mereka tidak mahu belajar. Nabi ulang lagi sekali, mereka perlu sampaikan ilmu agama pada orang jahil walaupun mereka tidak mahu terima. Kerja alim ulamak ialah kena pergi jumpa orang yang tidak mahu terima ilmu agama. Mereka minta tempoh 1 tahun dari Rasulullah s.a.w untuk ajar ilmu agama. Hari ini alim ulamak kena keluar 1 tahun di jalan Allah s.w.t. Ulamak tersebut telah minta dari Nabi s.a.w tempoh 1 tahun untuk sampaikan tanggungjawab mereka. Ulamak perlu digerakkan di dalam umat seperti awan yang bergerak dan turunkan hujan. Jangan jadi macam telaga, sifatnya tidak bergerak, sifatnya tetap, orang datang kepada telaga untuk ambil air, sifat jumud. Alim ulamak kena bergerak dalam umat untuk sampaikan ilmu agama.
Halaqah ilmu dan halaqah iman. Kedua-dua halaqah ini sentiasa ada di masjid Nabi s.a.w. Iman dan ilmu telah tersebar dikalangan sahabat. Hari ini, halaqah iman dan ilmu telah hilang, telah tidak ada di masjid-masjid. Kejahilan telah tersebar di dalam umat ini kerana masjid telah kosong daripada halaqah iman dan ilmu. Maksud daripada usaha ini ialah bagaimana kita dapat ilmu, tahu hukum agama dan dapat amalkan setiap ilmu tersebut dalam kehidupan kita hingga agama yang sempurna datang dalam kehidupan, kita dapat tahu setiap perintah-perintah Allah s.w.t dalam kehidupan dan dapat amalkan ilmu tersebut. Halaqah iman dan halaqah ilmu perlu dihidupkan supaya iman akan terbina, yakin pada Allah s.w.t akan terbina. Dengan perantaraan ilmu akan dapat tahu muamalat, muasyarat, akhlak, ibadat, dapat buat mengikut cara yang betul, cara Baginda s.a.w. Ilmu perlu diusahakan. Orang yang bawa ilmu perlu bergerak dalam umat.
Umat ini kena belajar ilmu, amalkan agama dan kena bergerak dalam umat. Bila umat bergerak, bawa amal agama dalam kehidupan, barulah agama akan tersebar dalam umat. Inilah kerja umat yang sangat besar yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. Abdullah Rawaha r.a telah tangguhkan keluar dijalan Allah s.w.t untuk dengar khutbah nabi, solat Jumaat dibelakang nabi. Dia telah lewat keluar di jalan Allah separuh hari. Jemaah dia telah mendahului setengah hari. Rasulullah s.a.w kata dia telah lewat dari segi jarak sejauh masyrik dan maghrib (timur dan barat) dan dari segi masa selama 500 tahun. Nabi s.a.w sentiasa memberi keutamaan/kelebihan dakwah pada orang yang keluar dijalan Allah s.w.t mengatasi dibandingkan dengan mereka yang buat amal ditempat sendiri kerana bila bergerak di jalan Allah s.w.t, agama akan hidup. Dengan perantaraan usaha dakwah agama akan wujud dalam umat. Bergerak seluruh dunia, bawa agama secara amali dalam kehidupan.
Kita kena buat usaha ini dengan penuh keyakinan. Umat ini akan terselamat dari kerugian bila umat ini buat usaha dakwah. Demi masa, manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan haq dan berpesan dengan kesabaran. Tanpa umat ini berpesan atas iman dan amal dan perkara yang haq, tidak mungkin umat ini akan selamat dari kerugian. Jika umat tinggalkan usaha ini, pasti umat akan berada dalam kerugian. Untuk kekalkan agama dalam umat, hanya dengan perantaraan usaha dakwah. Tanpa usaha dakwah, umat tidak akan kekal dalam agama. Meninggalkan kerja dakwah, asbab kerosakan dalam umat. Bila satu orang da’i utamakan amal infradi, ini juga akan menyebabkan agama akan terkeluar daripada umat. Perkara ini sangat penting. Kita kena faham.
Setiap nabi ada 2 tanggungjawab. Tanggungjawab amal infradi. Tanggungjawab ijtimai. Amal infradi adalah antara dia dengan Allah s.w.t seperti solat dll. Amal ijtimai adalah usaha atas kaum. Bila utamakan amal infradi, ini akan menyebabkan kekurangan dalam kerja dakwah. Umat ini perlu dibangunkan untuk buat kerja dakwah. Bukan setakat bila sudah dapat amalkan agama, kita tinggalkan usaha dakwah. Bila tinggalkan usaha dakwah, agama yang ada dalam diri akan ditinggalkan. Walaupun agama sudah sempurna dalam diri, bila tinggalkan usaha dakwah, agama dalam diri akan hilang, agama akan hilang sedikit demi sedikit dalam kehidupan. Usaha agama adalah usaha yang berterusan hatta tidak boleh utamakan amal/takaza infradi daripada amal ijtimai. Setiap daripada kita bertanggungjawab atas seluruh umat.
Musa a.s telah buat usaha atas kaum dia selama beberapa tahun. Musa a.s telah tinggalkan kaum dia beberapa hari kerana hendak beribadat pada Allah s.w.t, Allah s.w.t perintah Musa a.s datang kepadaNya untk bermunajat selama 40 hari. Dia boleh bercakap dengan Allah s.w.t. 40 hari adalah tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Musa a.s terlalu syok, ghairah, penuh jasbah untuk pergi jumpa Allah s.w.t dan boleh bercakap dengan Allah s.w.t. Dia telah pergi awal. Allah tanya bagaimana dengan kaum kamu? Musa a.s kata mereka sedang menyusul ku dari belakang. Kesannya ialah Bani Israil telah sesat sebab Musa a.s telah tinggalkan kaum dia di belakang. Sudah bertahun-tahun dia buat usaha dakwah dikalangan Bani Israil, tetapi kerana beberapa hari sahaja dakwah ditinggalkan dikalangan Bani Israil, kesesatan telah tersebar. Jumlah Bani Israil ialah 600,000 orang. Dalam masa 40 hari, seramai 588,000 orang telah sesat, mereka telah sembah patung anak lembu yang dibuat Samiri. Tinggal 12,000 sahaja yang tidak sesat, yang tidak sembah patung anak lembu, mereka tunggu Musa a.s.
Apabila dakwah ditinggalkan, walaupun buat sementara waktu sahaja, ini akan jadi asbab kesesatan dalam umat. Dakwah perlu dibuat secara berterusan. Walaupun agama sudah sempurna dalam umat, usaha agama perlu diteruskan. Kalau tidak, agama tidak akan kekal dalam umat. Agama akan keluar daripada umat. Kaedah Allah s.w.t, nabi datang usaha dakwah dijalankan, agama tersebar. Tinggalkan usaha dakwah asbab kerosakan iman dan rosak yakin.
Jadikan kerja ini sebagai maksud hidup kita. Buat azam.

No comments:
Post a Comment