Dimana Dajjal[1] akan muncul? Muncul disini maknanya Dajjal ini telah ada bukannya baru dilahirkan. Dajjal sudahpun ada dizaman Nabi saw tetapi pada ketika itu ia diikat[2]. Dajjal muncul dari arah Timur (maksudnya timur sebelah Semenanjung Arab). Godaan Dajjal adalah merupakan satu perkara luar biasa yang paling dahsyat yang tidak pernah berlaku sejak dari zaman Nabi Adam as lagi. Oleh itu, janganlah kita takabbur atau mendabik dada dengan bercakap besar mampu melawan godaan Dajjal tanpa ilmu dan amalan yang mencukupi. Sebab itulah Nabi Muhammad saw mengajar kepada kita agar membaca doa memohon kepada Allah agar dijauhi dari godaan Dajjal kerana godaan terlampau dahsyat.
Dajjal muncul membuat kerosakan di muka bumi (diseluruh dunia) dalam tempoh 40 hari. Tetapi hari pertama kemunculannya itu panjang masanya sama dengan satu tahun. Siangnya berpanjangan menyamai 365 hari. Lalu sahabat pernah bertanya Rasulullah saw, Wahai Rasulullah, bagaimana cara hendak menunaikan solat pada waktu itu? Lalu dijawab Baginda saw, Solatnya adalah sama seperti solat untuk tempoh setahun bukannya solat untuk tempoh sehari.
Hari kedua setelah kemunculan Dajjal itu panjang masanya sama dengan sebulan manakala hari ketiga kemunculannya, panjang masanya sama dengan seminggu. Hari-hari berikutnya adalah sama seperti hari-hari biasa iaitu tempohnya 24 jam. Fitnah Dajjal yang paling besar ada 5 semuanya. Orang-orang yang tidak kuat imannya pasti gugur imannya walaupun berhadapan hanya dengan satu fitnah. Dajjal ini diberi peluang oleh Allah untuk menggoda semua umat Islam manakala musuh Islam menjadi sekutunya. Dajjal diberi umur yang panjang dan diberi bermacam-macam kurnia dari Tuhan untuk menguji keimanan manusia. Lima fitnah terbesar Dajjal ialah

1.Benda-benda beku tunduk dibawahnya
Contoh benda beku ialah seperti emas yang keluar dari perut bumi dan hujan yang boleh diseru begitu saja. Sebelum Dajjal datang, dunia akan menghadapi kemarau selama 3 tahun berturut-turut. Tanaman dan hasil pertaniannya semuanya musnah. Pada ketika itulah Dajjal datang lalu meminta segala kesedapan dunia datang kepadanya. Inilah ujian yang paling dahsyat kepada manusia. Sesiapa yang tidak tahan ujian ini pasti akan menjadi pengikut Dajjal. Mana-mana yang mendukung Dajjal maka gugurlah aqidahnya. Dajjal memanggil apa sahaja yang ada diperut bumi seperti emas, minyak dan segala macam harta yang tertanam dalam perut bumi. Hasil perut bumi itu keluar menuju kepada Dajjal seperti lebah mengikut ratunya. Dajjal memanggil hujan menyuburkan tumbuh-tumbuhan. Dajjal seperti terlalu berkuasa sehingga mampu memberi kebahagiaan kepada orang yang mengikutnya dan memberi kecelakaan kepada sesiapa yang menentangnya. Sesiapa yang menentangnya berada dalam keadaan kelaparan dan kebuluran. Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, apakah makanan orang Islam pada ketika itu? Jawab Rasulullah saw, Umat Islam akan kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Umat Islam akan kenyang dengan zikir.

2.Syurga dan Neraka seperti ada bersama dengan Dajjal
Dajjal mampu membuat sungai api dan air dan sesiapa yang tidak beriman pasti terpengaruh dengan Dajjal. Sebenarnya sungai yang dibuat Dajjal itu penuh dengan kepalsuan. Api yang dijadikannya itu sebenarnya air manakala air adalah api. Tujuannya adalah untuk menguji keimanan seseorang. Hanya orang-orang yang beriman dapat mengenalpasti Dajjal. Di dahinya tertulis perkataan kaf, fa dan ra yang bermakna kafir. Satu lagi tanda Dajjal yang paling ketara ialah matanya buta disebelah kanan manakala mata kirinya pula rosak. Dajjal bergerak terlalu pantas menyebabkan orang tidak dapat mengecam kekurangannya. Pada ketika itu, orang yang tidak beriman akan menganggap Dajjal itu Tuhan sedangkan mana mungkin Dajjal itu Tuhan kalau matanya yang rosak itupun tidak mampu dibaikinya.Pengikut Dajjal yang paling ramai ialah dari golongan perempuan sebab golongan ini sangat mudah terpengaruh.

3.Kecepatan perjalanan Dajjal dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya
Dajjal boleh melipat bumi. Maksud melipat ini ialah bumi datang dekat kepadanya. Bumi dicepat atau diputar ikut kemahuan sesuka hati Dajjal. Seperti yang disebut tadi, Dajjal bergerak terlalu cepat sehingga segala kekurangannya tidak dapat dikesan orang. Dua kawasan yang tidak dapat dimasuki Dajjal ialah Makkah dan Madinah. Dajjal hanya boleh sampai di satu bukit yang bernama Sabikhah di luar kawasan Madinah. Dari bukit itu, Dajjal boleh nampak menara Masjid Nabawi. Seluruh kawasan Madinah dijaga oleh Malaikat menyebabkan Dajjal tidak boleh masuk melepasinya. Pada hari Dajjal melihat Masjid Nabawi itulah, kota Madinah akan bergegar 3 kali, mengeluarkan segala orang-orang munafik dari kota Madinah dan mereka ini bergerak menuju kepada Dajjal untuk mengikutinya.
4.Perkataan malaikat yang disalahertikan
Ada dua malaikat yang mengapit Dajjal. Malaikat-malaikat meneyerupai dua orang Nabi. Malaikat disebelah kanan akan mendustai (tidak membenarkan) kata-kata Dajjal. Tetapi kata-kata malaikat ini tidak didengari oleh orang lain melainkan sahabatnya yang berada disebelah kiri Dajjal. Lalu sahabatnya itu membenarkan kata malaikat kanan tadi. Perkataan malaikat disebelah kiri itu didengari oleh orang ramai lalu disalah tafsir oleh orang ramai yang menganggap malaikat itu membenarkan kata-kata Dajjal padahal sebaliknya. Inilah fitnah terbesar yang telah menyebabkan berduyun-duyun orang yang tidak beriman menyokong Dajjal.
5. Bantuan syaitan
Syaitan menjelma menjadi ayah dan ibu lalu mengajak si anak supaya mempercayakan setiap kata-kata Dajjal. Syaitan masuk dari rumah ke rumah untuk mengajak orang mengikut Dajjal. Lebih dari 100 syaitan memasuki setiap rumah orang Islam. Syaitan juga menjelma menjadi saudara terdekat dan mereka ini berterusan mengajak saudara mereka menjadi pengikut Dajjal. Tanpa ilmu dan amal, sudah tentu orang yang tidak beriman mudah terpengaruh menjadi pengikut Dajjal.
Cara-cara untuk selamat dari fitnah Dajjal
Tahu bahawa Dajjal bukanlah Tuhan kerana Dajjal mempunyai kekurangan dari segi kecacatan fizikalnya.
Di dahi Dajjal ada perkataan kafir. Orang beriman pasti mengenalinya.
Pergi ke Makkah dan Madinah atau duduk dirumah dan jangan bergaul dengan masyarakat yang sudah terpengaruh dengan godaan Dajjal.
Membaca sepuluh ayat pertama atau sepuluh ayat terakhir dari Surah al-Kahfi.[3]
Hari-hari akhir Dajjal
Ketika Dajjal mengepung Madinah, ada seorang mukmin yang mengenali Dajjal dan dengan beraninya, beliau bercakap didepan Dajjal bahawa “inilah Pembohong Besar”. Mukmin ini kemudiannya diseksa oleh Dajjal sehinggalah badannya dibelah dua dan selepas itu dihidupkan kembali oleh Dajjal. Setelah dihidup kembali, mukmin ini masih tetap dengan pendiriannya malah memberi amaran kepada Dajjal bahawa selepas ini, beliau tidak akan dapat membunuh lagi. Kata Imam al-Barzanji dalam kitab al-Isya’ah, mukmin itu adalah Khidir as. Dajjal kemudiannya lari ke Baitul Maqdis. Berbeza dengan Makkah dan Madinah, Dajjal boleh memasuki Masjid al-Aqsa. Dajjal mengepung Imam Mahdi dan umat Islam di Baitul Maqdis. Pada ketika itulah. Nabi Isa as turun dari langit kedua. Di langit kedua, Nabi Isa tinggal dengan Nabi Yahya. Berbeza dengan Nabi Yahya yang telah wafat, Nabi Isa sebaliknya tidak wafat tetapi diangkat ke langit. Lalu mungkin timbul pertanyaan bagaimana Nabi Isa makan, minum, qada’ hajat dan sebagainya di langit kedua. Sebenarnya semua itu adalah urusan perbendaharaan Allah Ta’ala. Bahkan kelahiran Nabi Isa as itu sendiri adalah sesuatu yang luarbiasa dimana baginda dilahirkan tanpa ayah, ditiupkan rohnya oleh Jibril kedalam rahim ibunya, Maryam.
Nabi Isa as akan turun di Damsyik, Syria. Sebaik turun, baginda menunaikan solat Subuh bersama-sama dengan Imam Mahdi[4]. Imam Mahdi menjadi imam. Ketika Dajjal bertemu Nabi Isa as sekitar jam 9 pagi, Dajjal sempat membuat helah lagi dengan mengajak Nabi Isa solat berjemaah bersama-sama padahal Nabi Isa sudah sedia maklum akan helah Dajjal. Nabi Isa as membawa lembing sewaktu turun dari langit. Kata Syeikh, Lembing itu tahu siapa sasarannya. Dajjal cuba hendak melarikan diri tetapi akhirnya terbunuh di Babu Ludd, suatu tempat yang dikatakan tidak jauh dari lapangan terbang Israel. Selepas Dajjal dibunuh, pengikut-pengikutnya yang seramai 70, 000 orang mati dibunuh. Tempatnya ialah di Wadi Jahannam iaitu sebuah lurah besar yang memisahkan perkampungan Arab dengan Israel. Pada ketika pengikutnya hendak dibunuh, seluruh benda beku akan bercakap dan memberi pertolongan kepada umat Islam. Benda beku ini akan memberitahu lokasi pengikut Dajjal (orang Yahudi yang memusuhi Islam). Hanya satu benda beku sahaja yang memberi pertolongan kepada Yahudi ini iaitu pohon Gharqad. Sebab itulah kata Syeikh, ramai orang Yahudi pada ketika ini menanam pohon Grahqad secara besar-besaran khususnya di Palestin. Kata Syeikh lagi, orang Yahudi[5] di serata dunia pada masa ini berlumba-lumba datang ke Palestin membina rumah dan sebagainya. Sebenarnya ini tidak lain tidak bukan adalah perancangan Allah jua dimana mudahlah mereka ini dibinasakan kelak apabila sampai masanya. Pengikut-pengikut Dajjal tidak akan mampu menghidu nafas Nabi Isa. Sebaik sahaja terhidu, mereka akan mati.Selepas Dajjal dan pengikutnya dibunuh, muncul pula Ya’juj dan Ma’juj. Ya’juj dan Ma’juj seperti juga Dajjal adalah manusia. Cuma mereka ini sangat kuat makan dan minum bahkan mereka sangat kuat fizikalnya. Ketika keluar dari kurungan Iskandar Zulqarnain, mereka meminum air Tasik Thabariyah[6] sehingga kering air tasik itu. Ketika bangsa ini keluar dari kurungan, Nabi Isa dan umat Islam berlindung di Bukit Thor. Harga makanan melambung berkali-kali ganda kerana bekalan makanan berkurangan. Sehingga dikatakan harga kepala lembu pun menjadi sangat mahal. Nabi Isa as bermunajat memohon bantuan. Lalu turunlah bantuan Allah dimana satu binatang kecil yang biasanya hidup di hidung unta datang menyengat bangsa ini sehingga mati semuanya. Bangkai Ya’juj dan Ma’juj ini dikutip oleh burung-burung yang didatangkan oleh Allah swt. Selepas kematian Ya’juj dan Ma’juj, bumi menjadi sangat subur dan luar biasa kesuburannya. Sebiji buah delima boleh memuatkan 10 orang dewasa. Bayangkan betapa besarnya delima itu. Pada masa itu, manusia sudah hilang permusuhan dibawah naungan pemerintahan Nabi Isa as. Bumi menjadi sangat aman sehingga dikatakan binatang-binatang buas menjadi jinak-sejinaknya. Budak kecil boleh memasukkan tangan didalam mulut ular bahkan boleh bermain-main dengan singa. Nabi Isa meneruskan syariat Nabi Muhammad saw. Nabi Isa as akan mematahkan salib kerana baginda bukannya anak Tuhan. Nabi Isa akan membunuh babi kerana dalam kitab Injil disebut bahawa babi adalah haram dan Nabi Isa akan membatalkan zakat kerana semua orang pada ketika itu telah kaya. Nabi Isa kemudiannya berkahwin dan wafat di Madinah. Nabi Isa dimakamkan didalam bilik Nabi Muhammad saw.

[1] Dajjal ini adalah Dajjal besar. Sebelum Dajjal besar datang, ada 40 Dajjal kecil muncul terlebih dahulu. Zaman ini, Dajjal kecil sudah ada dan mempengaruhi bermacam-macam bidang. Kalau Dajjal kecil pun manusia sudah terpengaruh apatah lagi Dajjal besar? Mudah-mudahan kita semua mendapat perlindungan Allah swt dari godaan Dajjal yang sangat dahsyat ini.
[2] Dajjal adalah manusia biasa keturunan dari Bani Israel. Dajjal hidup pada zaman Nabi Sulaiman as. Dajjal diikat disebuah pulau yang tidak dapat dikesan radar. Kata Syeikh pulau ini terletak samada di Teluk Aden atau Laut Mediterranean. Wallahualam.
[3] Syeikh turut memberi satu petua amalan untuk mudah bangkit ditengah malam agar dapat bermunajat kepada Tuhan. Amalannya ialah membaca 4 ayat terakhir dari Surah al-Kahfi.
[4] Keturunan Bani Hasyim.
[5] Merujuk kepada orang Yahudi yang memusuhi Islam
[6] Tasik Thabariyah terletak antara Negara Syria, Jordan dan Israel menjadi rebutan antara tiga negara ini. Dari Tasik inilah mengalirnya Sungai Jordan.
No comments:
Post a Comment