*Catatan bebas ana pada 15 Ogos 2009
Rahsia Puasa
Puasa termasuk dalam rukun Islam. Rukun itu dalam bahasa Arab, manakala dalam bahasa kita disebut tiang. Jadi apabila menyebut tentang tiang, dapatlah kita gambarkan betapa pentingnya puasa dalam agama kita. Iman pula terbahagi kepada dua. Separuh dari iman adalah sabar manakala separuh lagi ialah syukur. Separuh dari sabar pula ialah puasa. Ini bererti puasa itu ialah ¼ daripada iman. Jika pahala sabar itu sudah tidak terkira banyaknya maka puasa pun begitu juga sebab puasa terkandung didalam sabar. Ganjarannya sangat banyak. Tentang ganjaran puasa ini, ianya terserah kepada Allah swt. Maksudnya terpulang kepada Allah swt untuk menentukan ganjarannya. Ini menunjukkan betapa ganjaran puasa itu tidak terhitung banyaknya. Ganjaran puasa berbeza dengan amalan lain dimana ada disebut tentang nilai ganjarannya. Sebagai contoh, setiap pekerjaan yang baik akan dibalas dengan 10 kali ganda secara minima dan boleh mencapai 700 kali ganda secara maksima. Berkenaan dengan puasa pula, Allah membalasnya tanpa menetapkan nilai ganjaran, maknanya terlalu banyak ganjaran sehingga tidak terhitung oleh kita. Bagaimana kita hendak mengetahui nilai ganjaran yang dikatakan terlalu banyak itu? Kata Syeikh, dalam istilah Arab, angka 7 itu sudah cukup untuk melambangkan kuantiti yang sangat banyak. Bila disebut tentang ganjaran maksima 700 kali ganda, ia sebenarnya merujuk kepada nilai ganjaran yang sangat banyak. Jadi bayangkanlah dengan ganjaran puasa yang melebihi dari nilai itu. Tambah Syeikh, sememangnya angka 7 itu sangat istimewa dalam Islam. Nilai angka 7 itu digunakan untuk mengelilingi tawaf dan mengerjakan saie. Begitu juga dengan jumlah orang yang masuk kedalam syurga tanpa hisab yakni seramai 70,000 orang seperti yang disebut dalam hadith Nabi saw. Menurut Imam Tirmidhi, jumlah 70,000 orang itu bukanlah satu jumlah yang tepat sebaliknya lebih dari jumlah yang disebut itu. Ini adalah kerana dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidhi ada menyebut bahawa setiap orang yang dimasukkan kedalam syurga tanpa hisab boleh memberi syafaat kepada 70, 000 orang lain. Kata Syeikh, di hari akhirat kelak, tiga golongan yang boleh memberi syafaat ialah para anbiya dimana syafaat diberikan kepada umatnya, para ulama dimana syafaat diberikan kepada muridnya dan para syuhada diimana syafaat diberikan kepada ahli keluarganya.
Bau mulut orang yang berpuasa disebut khuluf. Bau ini akan keluar atau muncul selepas gelincir matahari (zohor). Bau ini jangan dihilangkan kerana itulah tanda seseorang itu mengerjakan ibadah puasa. Makruh bersiwak selepas gelincir matahari kerana ia akan menghilangkan bau mulut tetapi jika hendak menghilangkan bau mulut selepas bangun tidur, itu tidak mengapa. Kata pengarang kitab besar dalam ilmu fiqh “Kifayatul Akhyar”, makruh menghilangkan bau mulut kerana puasa selepas gelincir matahari. Yang dimaksudkan dengan rongga mulut ialah kawasan makhraj sebutan huruf ha (ekor) dan ‘ain. Apabila sesuatu benda dimasukkan hingga ke kawasan ini maka terbatallah puasa. Sebaliknya jika hanya mencicipkan makanan di bibir lidah kemudian meluahkannya maka perbuatan itu tidaklah membatalkan puasa. Balgham atau kahak jika berada diluar mulut atau melepasi rongga tidak boleh ditelan semula kerana ia akan membatalkan puasa. Betapa besar ganjarannya bagi orang yang berpuasa. Salah satu darinya ialah dibenarkan memasuki pintu syurga yang bernama ar-Rayyan. Kata Syeikh, pintu ini umpama kelab di zaman sekarang. Hanya orang berpuasa sahaja yang boleh menjadi “ahli kelab” yakni berjaya memasuki pintu syurga ar-Rayyan itu. Dalam hal menentukan awal Ramadhan dan akhir Ramadan, umat Islam hendaklah melihat anak bulan. Untuk melihat anak bulan bagi menetapkan awal Ramadhan, memadai dilihat oleh seorang tetapi untuk menetapkan awal Syawal, maka ia perlu disaksikan oleh dua orang.[1] Hikmah melihat anak bulan ini ialah untuk menggambarkan betapa besarnya hari-hari tersebut dalam taqwim Islam. Kebesaran hari-hari tersebut melebihi dari kebesaran segala raja kerana Ramadhan membawa ganjarannya yang sangat banyak yang tak terhitung oleh kita. Justeru, kita tidak boleh menetapkan permulaan Ramadhan semata-mata berdasarkan rukyah sebaliknya perlu membuat persiapan untuk melihat anak bulan. Secara logik, mana mungkin kita menetapkan segala kemahuan raja sebaliknya kita hendaklah menunggu ketibaan raja dan menuruti kemahuannya. Begitu juga dengan bulan Ramadhan yang merupakan raja segala bulan. Kedatangannya ditunggu bukannya ditetapkan. Sebagai raja, Ramadhan melimpahkan segala ganjarannya kepada ‘rakyat’nya. Kita sebagai rakyat perlulah mencari dan mengutip ganjaran itu tetapi untuk mencari dan mengutip ganjaran itu maka kita perlulah membuatr persiapan yang sewajarnya. Sedangkan nak menyambut raja pun memerlukan persiapan yang rapi, inikan pula Ramadhan yang ganjarannya adalah tidak terhitung banyaknya. Maka kita hendaklah bersedia menghadapinya. Tentang menyambut ketibaan Ramadhan ini, ia bukanlah satu perkara bida’ah. Nabi saw menyambutnya dengan cara menyampaikan khutbah pada hari terakhir bulan Sya’aban. Dalam khutbah tersebut, Nabi saw memaklumkan tentang kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. Hadith saw tentang sambutan awal Ramadhan ini ada diriwayat oleh Tabrani ra yang berasal dari hadith yang diriwayat oleh sahabat besar, Salman al-Farisi. Jika Nabi saw menyambut Ramadhan, maka apatah lagi kita? Kita hendaklah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi ketibaan Ramadhan. Persiapan menyambut Ramadhan ini samalah seperti orang yang masuk dalam gua lalu mengutip segala macam permata yang terkandung didalamnya. Orang yang bersedia akan mengutip segala macam permata seperti yaqut, zubarjad, zamrud dan sebagainya sebaliknya orang yang tidak bersedia akan terkial-kial mencari batu permata malah mungkin tidak mengenal langsung batu permata yang benar-benar berharga. Begitulah juga dengan persediaan Ramadhan. Kata Syeikh, orang yang benar-benar bersedia akan mengutip segala ganjaran yang ditawarkan dalam bulan Ramadhan sebaliknya orang-orang yang tidak bersedia akan berada dalam kerugian kerana tidak tahu ganjaran apa yang hendak dikutipnya. Bulan puasa ibarat hadiah untuk melepaskan diri dari api neraka. Setiap hari ada 1000 nama yang akan dibebas dari neraka. Sebab itulah kata Syeikh, imam di Makkah bila sampai sahaja pada doa, “Ya Allah, Lepaskan leher kami dan leher ibubapa kami dari api neraka”, mereka akan berasa sebak dan menangis. Begitulah besarnya rahmat bulan Ramadhan kepada umat Islam. Sambung syeikh tentang ganjaran di bulan puasa terlalu banyak. Bayangkanlah dengan hanya berpuasa sehari sahaja, ganjarannya adalah khemah yang diperbuat dari mutiara yang besar yang ditebuk didalamnya lalu tersimpan didalamnya bidadari-bidadari dan pelbagai lagi macam ganjaran yang tidak tergambar difikiran kita. Tentang perkara ini, ia ada disebut dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah. Harus dingatkan disini bahawa kewajipan bagi umat Islam adalah berpuasa penuh dibulan Ramadhan, maka bayangkanlah ganjaran yang dikurniakan Allah swt kepada umat Islam apabila menyempurnakannya. Memang tidak dapat digambar oleh akal fikiran kita tentang nikmat syurga. Kata syeikh, pernah satu masa dulu dizaman Raja Yaznajir, Raja Iran kerajaan Sasanid terakhir mempunyai beribu-ribu tukang masak, pelayan dan penyanyi. Apabila ditewaskan oleh kerajaan Islam dibawah khalifah Umar al-Khattab, raja ini pun lari bersama pengikutnya. Dibawanya bersama 1000 orang tukang masak dan 1000 orang biduan. Ditengah jalan, raja ini menangis kerana hilang segala kemewahan yang dikecapinya selama ini. Bagi raja ini, beliau sudah mengecapi segala kemewahan dunia yang padanya tidak ada tandingannya tetapi kata Syeikh, nikmat dunia yang dikecap oleh raja itu ‘tak sampai celah kuku pun’ apabila dibandingkan dengan nikmat syurga. Maknanya nikmat syurga itu berkali-kali ganda yang tidak dapat dicapai oleh akal fikiran kita untuk menggambarkannya. Sambung kisah raja tadi, sebenarnya rakyat Iran berasa gembira apabila rajanya ditumbangkan oleh kerajaan Islam. Rakyat Iran telah lama menanti kedatangan Islam setelah mendengar khabar-khabar gembira tentang kesederhanaan cara hidup Islam dan keadilan Islam. Sebelum ini, raja menzalimi mereka dengan mengenakan cukai yang tinggi sedangkan mereka hidup miskin sebaliknya dengan kedatangan Islam harta-harta milik orang kaya diagihkan kepada orang miskin menerusi kutipan zakat.
Nikmat berpuasa juga tergambar ketika waktu berbuka. Berbuka puasa itu ibarat seseorang yang telah sampai ke destinasi yang ditujuinya. Namun begitu berbuka puasa bukanlah untuk berpuas-puas secara berlebihan. Sebaliknya berbukalah sekadar keperluan kerana banyak lagi ibadah lain yang perlu dilakukan. Puasa disebut sebagai pintu kepada ibadah lain. Masuknya bulan puasa bererti tersedialah peluang-peluang amalan yang tidak terkira banyaknya untuk seseorang mengerjakannya. Bayangkanlah, jika tidur juga dikira ibadah dalam bulan puasa, apatah lagi jika mengerjakan ibadah lain yang sudah tentu berlipat kali ganda ganjarannya. Seperti yang disebut tadi, puasa itu ibarat pintu kepada amalan lain. Seseorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid sekurang-kurangnya pasti akan menjejakkan kaki ke masjid samada untuk berbuka puasa atau mengerjakan solat tarawih. Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, pintu syurga akan dibuka menandakan rahmat Allah swt terbuka luas manakala pintu neraka tertutup rapat. Apa buktinya? Dibulan puasa, tiada konsert yang dianjurkan. Tidak ada pertandingan bola atau sebarang hiburan atau sukan yang melalaikan. Inilah tanda betapa pintu syurga itu terbuka. Kata Syeikh, orang Arab amat sukakan bola tetapi bila sampai sahaja bulan Ramadhan, mereka akan meninggalkannya dan mengerjakan amal ibadah bersungguh-sungguh. Bahkan kanak-kanak pun mengerti tentang keberkahan bulan puasa dimana mereka sendiri akan menegur orang yang lebih tua jika didapati bercakap bohong. Itulah antara tanda-tanda pintu syurga dibuka dimana setiap orang berlumba-lumba membuat amal kebajikan. Syaitan pula dibelenggu bila masuk sahaja bulan puasa. Kata Syeikh, syaitan-syaitan yang dibelenggu atau dirantai itu adalah syaitan-syaitan yang berpangkat tinggi. Syaitan yang berpangkat rendah sebaliknya masih bebas. Syaitan-syaitan inilah yang menggoda manusia melakukan kejahatan dan maksiat dibulan puasa. Itulah sebabnya ada sekolompok manusia yang tidak berpuasa, melakukan maksiat dan kejahatan dalam bulan puasa. Walaubagaimanapun, maksiat dan kejahatan ini tidaklah sebanyak maksiat dan kejahatan diluar bulan puasa. Di luar bulan puasa, maksiat terlebih-lebih lagi bermaharajalela kerana syaitan-syaitan besar dibebaskan lalu menggoda manusia.
Sebenarnya syaitan ini mengalir dalam badan manusia seperti darah yang mengalir didalam badan. Kata Nabi Ayub, beliau merasa azab dalam badan apabila syaitan itu masuk menerusi tapak kakinya. Untuk menghalang syaitan ini dari berleluasa di dalam badan maka kita perlu sempitkan laluan syaitan ini. Caranya ialah dengan berpuasa.
Niat puasa dalam bulan Ramadhan berbeza dengan niat puasa sunat. Niat puasa dalam bulan Ramadhan perlu dilakukan disebelah malam yakni sebelum masuk waktu subuh[2] sedangkan niat puasa sunat boleh sahaja dilakukan asalkan belum tergelincir matahari[3] (masuk waktu zohor). Sekiranya seseorang itu berjimak disebelah malamnya, maka hendaklah ia mandi junub sebaik-baiknya sebelum masuk waktu subuh. Tujuannya ialah
bersedia untuk solat Subuh
mencuci bahagian badan sebersih-bersihnya. Jika mandi selepas waktu subuh dikhuatiri air akan masuk kedalam rongga kerana mandi perlu dilakukan dengan teliti.
Jika seseorang melakukan jimak sehingga melepasi waktu Subuh maka beliau
wajib imsak yakni menahan diri dari makan dan minum sama seperti orang berpuasa
wajib qadha puasa
wajib kafarah mengikut tertib iaitu lepaskan hamba, puasa dua bulan berturut-turut, bersedekah
Bagi orang yang tidak boleh menahan air maninya dari keluar ketika mendakap isteri maka hendaklah ia menjauhi perbuatan itu. Sekiranya mendakap juga maka hukumnya adalah haram.
Dua sunnah Nabi saw dalam bulan yang sangat dituntut dilakukan ialah bangun sahur dan tidur qailullah. Bangun sahur walaupun hanya makan sedikit amat besar hikmahnya kerana ia menguatkan badan. Tidur qailullah diwaktu tengahari yakni sebelum zohor selama 5 hingga 20 minit adalah sangat berfaedah kerana ia menyimpan tenaga yang diperlukan untuk bangun pada waktu malam. Walaubagaimanapun, orang yang berqailullah tetapi tidak bangun untuk menghidupkan malam samalah seperti orang yang bangun sahur tetapi tidak berpuasa. Oleh itu, sangat wajar orang yang qailullah menunaikan sembahyang malam dan begitu jugalah dengan sahur dimana siangnya, ia berpuasa penuh. Tentang makan sahur, adalah sunat ditakkhirkan amalan ini. Maksudnya, makan sahur itu lebih elok dikemudiankan setelah menghidupkan ibadah malam. Elok dilewatkan sahur supaya kita dapat menunaikan solat subuh. Sebaik-baiknya makanlah sahur sebelum waktu imsak. Ini adalah kerana bila masuk waktu imsak, kita sudah berhenti makan dan bersiap-sedia untuk menunaikan solat subuh. Jarak waktu imsak biasanya tidak jauh dengan solat subuh iaitu sekitar 10 minit sahaja. Berbalik kepada waktu berbuka, digalakkan kita berbuka dengan rutab[4] yang masih bertangkai dan basah. Di Makkah dan Madinah, bukan sesuatu yang aneh jika orang merayu-rayu agar orang ramai berbuka di tempat jamuan yang disediakannya. Ini adalah kerana mereka benar-benar faham bahawa menjamu orang yang berpuasa mendapat ganjaran yang tak terkira banyaknya. Kata Syeikh, ganjaran yang diperolehi itu ibarat fotostat ganjaran yang diperolehi oleh setiap orang yang berpuasa yang makan dimajlis jamuannya. Katakan ada 200 orang makan maka si penyedia makan itu akan mendapat kesemua ganjaran pahala dari 200 orang yang makan di jamuannya. Bayangkanlah betapa besar dan banyaknya ganjaran yang diperolehi oleh si penjamu tadi apatah lagi jika yang dijamunya itu orang-orang alim dan baik-baik belaka. Tentang perihal menjamu, kata Syeikh, pernah para Sahabat mengadu kepada Rasulullah saw tentang bagaimana mereka hendak menjamu orang sekiranya mereka tidak mampu. Lalu Rasulullah saw menjawab, jika tidak mampu sekalipun memadai jika menjamu orang ramai walaupun dengan air ataupun sebiji kurma dimana ganjarannya tetap tidak terhitung banyaknya disisi Allah Taala.
Kata Syeikh berbuka puasa di Tanah Suci amat berlainan sekali suasananya bahkan nikmatnya itu terungkap dengan kata-kata. Itulah ‘makanan’ yang paling sedap sekali kerana ia meliputi makanan rohani dan jasmani. Betapa tidak, pandangan menghadap ke Kaabah, beriktikaf pula di tempat yang paling mulia bahkan berbuka dengan rutab dan air zam-zam yang menjadi sunnah Rasulullah saw tentu sahaja memberikan satu nikmat dan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di Makkah dan Madinah, orang sentiasa berfikir dan berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencari ganjaran pahala di bulan Ramadhan. Ada yang sanggup membayar beribu ringgit asal dapat menghantar dirinya ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah. Ini adalah kerana mereka faham bahawa ganjaran pahala itu sangat besar disisi Allah Taala bukannya wang ringgit.
Tentang amalan menjamu ini, Syeikh teringat akan gurunya iaitu almarhum As-Sayyid Abul Hasan Ali al-Nadwi[5]. Gurunya itu membuat jamuan sepanjang bulan Ramadhan. Dikatakan setiap hari beliau menjamu tidak kurang dari 300 orang. Beliau akan duduk beriktikaf dimasjid, berbuka puasa di masjid bahkan turut bersahur di masjid. Di sebelah malam pula, beliau akan mengadakan program-program ibadah bagi menghidupkan malam Ramadhan. Dan begitulah rutinnya setiap hari didalam bulan Ramadhan. Bahkan beliau turut memberikan duit raya kepada anak muridnya.
Amalan membaca al-Quran adalah sangat-sangat dituntut dalam bulan puasa. Diriwayatkan bahawa Imam Asy-Shafi’i mengkhatam al-Quran dua kali sehari dalam bulan Ramadhan berbanding hari-hari biasa dimana beliau mengkhatam sekali sehari. Kaedah terbaik yang boleh diikuti ialah seperti yang diamalkan oleh ramai para Sahabat iaitu mengkhatam al-Quran seminggu sekali. Formulanya ialah 3, 5, 7, 9, 11, 13 dan mufassal. Angka yang ada dalam formula itu merujuk kepada bilangan surah dan tertib surah. Contohnya 3 ialah 3 surah yang perlu dibaca pada hati pertama mengikut tertib iaitu al-Baqarah, ali-Imaran dan an-Nisa dan begitulah seterusnya. Bagi yang rajin, mereka bolehlah mengkhatam 3 hari sekali (10 juzuk sehari). Apa yang penting dalam mengkhatam, adab bacaan seperti tartil dan memahami maksud yakni tadabbur perlu dijaga dan diberi penekanan supaya objektif sebenar membaca al-Quran itu tercapai. Kita hendaklah menguatkan azam menjadi ahli al-Quran agar sentiasa dekat dengan Allah swt. Kata Syeikh, sepatutnya cuti tahunan itu dihimpun dan digunakan untuk bulan Ramadhan. Dengan menghimpunkan cuti di bulan Ramadhan, dapatlah kita beriktikaf di masjid dan melipat-gandakan amal ibadah.
Catatan ketika sesi soal-jawab antara hadirin dengan Tuan Syeikh
1. Kalau selepas zohor, makruh bersugi mengikut Mazhab Imam Syafi’i.
2. Kalau berkumur, jangan mubalaghah (bersangat-sangatan) ketika berwudhu’. Kalau tertelan akan membatalkan puasa.
3. Hukum berpuasa selepas nisfu sya’ban adalah samada makruh atau haram (kecuali yang menjadi amalannya berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis). Jika seseorang itu baru hendak berpuasa sunat pada waktu tersebut sepatutnya ia melakukan pada awal-awal lagi yakni sebelum nisfu sya’ban bukan selepasnya.
4. Bagi bilal yang hendak azan ketika waktu berbuka, maka eloklah dia berbuka dahulu sebelum azan.
5. Untuk fidyah puasa nilainya ialah 1 cupak untuk setiap hari yang ditinggalkan.

[1] Kedatangan awal Ramadhan sangat diraikan oleh itu seorang sahaja melihatnya sudah memadai tetapi pemergian Ramadhan itu ditangisi, oleh itu perlu dua orang melihatnya bagi memastikan apakah benar anak bulan Syawal sudah kelihatan atau belum.
[2] Selain puasa dalam bulan Ramadhan, niat puasa untuk qadha dan nazar juga perlu dilakukan disebelah malam (yakni sebelum masuk waktu solat Subuh)
[3] Selagi masih belum melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, muntah dengan sengaja, berjimak atau memasukkan sesuatu kedalam rongga dengan sengaja.
[4] Rutab lawannya balhun iaitu tamar yang belum masak.
[5] Wafat pada hari Jumaat, 23 Ramadhan ketika membaca surah al-Kahfi pada ayat, “Bawakan berita gembira……”. Pada hari kewafatannya, beliau sempat mandi Jumaat, berwangi-wangian dan pergi awal ke masjid. Orang yang menyembahyangkan jenazahnya sangatlah ramai sehinggakan solat ghaib turut diadakan di Makkah dan Madinah.
No comments:
Post a Comment